Meskipun "emas digital" ini telah wujud sejak 2009
namun penggunaannya masih belum mencapai aliran arus perdana. Ini tidak
bermaksud masyarakat tidak pernah mendengar mengenai Bitcoin, tetapi hanya segelintir dari golongan pakar IT dan pelabur high risk memahami potensi sebenar
Bitcoin.
Walau bagaimanapun, melangkah ke tahun 2018, masyarakat mula menyedari kepentingan cryptocurrencies melalui media massa. Sumber dari media massa juga banyak mengelirukan dengan berita baik dan buruk yang datang silih berganti seterusnya menggoncang keimanan pelabur. Setakat hari ini, harga Bitcoin berada di sekitar $11,000 USD dengan market cap sebanyak 200 Billion USD. Justeru, apakah yang akan berlaku apabila Bitcoin mula diterima global?
Walau bagaimanapun, melangkah ke tahun 2018, masyarakat mula menyedari kepentingan cryptocurrencies melalui media massa. Sumber dari media massa juga banyak mengelirukan dengan berita baik dan buruk yang datang silih berganti seterusnya menggoncang keimanan pelabur. Setakat hari ini, harga Bitcoin berada di sekitar $11,000 USD dengan market cap sebanyak 200 Billion USD. Justeru, apakah yang akan berlaku apabila Bitcoin mula diterima global?
Masa depan Bitcoin adalah subjek yang amat luas untuk dibicarakan, namun yang menjadi tumpuan utama ialah penguasaan
global dalam sistem pembayaran dan menjadikan Bitcoin sebagai medium utama menjalankan transaksi.
Terdapat kemungkinan visi dan matlamat penciptaan Bitcoin sukar untuk direalisasikan. Bitcoin, seperti cryptocurrency yang lain, telah melalui
banyak rintangan beberapa tahun belakangan ini dan pihak developer Bitcoin gagal membawa penyelesaian dan memperbaiki sistem sedia ada.
Caj yang mahal, tempoh transaksi yang melebihi
6 jam dan sistem blockchain yang tidak efisyen telah memburukkan lagi keadaan.
Hard Forks dilaksanakan sebagai solusi sementara yang hanya memburukkan keadaan, ia ibarat
seperti menadah air dari bumbung yang bocor dari menukar bumbung tersebut. Bitcoin menjadi syurga buat mereka yang mempunyai modal yang besar untuk memanipulasi dan menentukan perjalanan Bitcoin seperti mana yang mereka suka.
Jadi, sekiranya Bitcoin tidak lagi relevan, mengapa harganya begitu tinggi?
Ini adalah kerana Bitcoin adalah MASA DEPAN (buat masa
sekarang), cuma bukan sebagai medium transaksi. Di mana Bitcoin sebagai store of
value dan memberi peluang kepada pelabur dengan pulangan yang besar, nilai satu Bitcoin buat masa sekarang agak mahal jika anda seorang pelabur yang
menjangkakan pulangan yang besar.
Namun ini adalah
berita baik kerana selagi market cap terus membesar seiring dengan harga, Bitcoin akan menjadi lebih stabil dalam pergerakannya sekaligus mendaki semula $15,000,
$20,000 dan mungkin lebih tinggi. Ini adalah target yang realistik memandangkan
jumlah maksima Bitcoin yang boleh dihasilkan hanyalah 21 juta BTC.
Membandingkan harga Bitcoin semasa ia masih beberapa sen dengan
harga Bitcoin buat masa sekarang adalah berisiko tinggi untuk melabur tetapi tidak
ramai yang memahami bahawa ini adalah perubahan market daripada volatile kepada instrumen pelaburan yang mula menyerupai stock market index.
Tidak dapat dinafikan dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang Bitcoin mungkin tidak lagi menduduki tempat pertama dalam senarai cryptocurrency kerana terdapat teknologi yang lebih baik sedang
dibangunkan dan mula digunakan secara meluas.
Apabila Bitcoin tidak lagi menjadi cryptocurrency utama, harga akan menjadi lebih stabil kerana ia tidak lagi menjadi gateway
kepada market crypto sekaligus mengurangkan manipulasi dari crypto whale yang
mampu menggerakkan harga 1000 dollar sehari.
Jadi, apa pandangan anda tentang Bitcoin masa depan?
Melaburlah dengan bijak.
Melaburlah dengan bijak.