Syarikat gergasi elektronik Taiwan HTC telah mendedahkan rancangan untuk melancarkan model generasi kedua telefon pintar berasakan blockchain sebelum akhir tahun 2019. Berita itu telah diumumkan dalam laporan dari sumber berita IT Asia Digitimes pada 29 April.
Menurut ketua pejabat HTC yang berpusat di Beijing, Chen Chen, antara tawaranannya adalah untuk meningkatkan lagi jualan telefon pintar tersebut dan mengembangkan lagi ekosistem blockchain syarikat terebut. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, HTC telah melancarkan telefon pintar blockchain yang pertama yang digelar "Exodus," pada musim bunga 2018.
Chen turut mendedahkan bahawa prestasi jualan untuk telefon Exodus generasi pertama telah memenuhi jangkaan syarikat tersebut, tambahan pula penyumbang tertinggi hasil jualan tersebut adalah pengguna bitcoin (BTC) dan ether (ETH) yang merupakan pendorong utama permintaan untuk produk tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.
Model generasi kedua telefon ini dilaporkan akan memperluaskan lagi aplikasi yang berasaskan blockchain yang disokong seperti browsing, messaging dan social media. Ini akan menjadi tambahan kepada sokongan sedia ada telefon untuk pengurusan cryptocurrency dan transaksi, bersama-sama dengan e-dompet peribadi. Chen juga merujuk kepada kejayaan utama aplikasi centralized seperti aplikasi Uber dan Airbnb sebagai sektor baru blokchain dan teknologi yang terdesentralisasi.
Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:
Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:
Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon
No comments:
Post a Comment