Platform blockchain-as-a-service (BaaS) akan membolehkan pengguna untuk membina aplikasi yang berasaskan blockchain pada rangkaian yang telah dikonfigurasikan.
Menurut ketua komunikasi korporat Microsoft, Frank Shaw, perkhidmatan ini akan memudahkan pembentukan, pengurusan, dan pentadbiran dalam rangkaian blokchain konsortium. Shaw menjelaskan lagi bahawa Azure Blockchain Service boleh membuat rangkaian konsortium baru dengan hanya beberapa klik sahaja dan memberi pengguna menjalankan operasi asas seperti menambah ahli baru ke rangkaian yang dibuat.
Microsoft Azure telah mengeluarkan perkhidmatan penciptaan aplikasi blockchain Azure Blockchain Workbench pada bulan Mei 2018. Platform ini juga direka untuk mengautomasikan aspek kerja yang berkaitan dengan blockchain - dalam kes ini untuk menyelaraskan pembangunan aplikasi blockchain dengan menyediakan infrastruktur yang sedia ada untuk pengguna.
Pada Oktober 2018, Microsoft Azure telah bergabung dengan Nasdaq. Nasdaq memilih untuk mengintegrasikan teknologi blockchain Azure ke dalam rangka kerja kewangannya dengan jangkaan bahawa ia akan mempercepat lagi sebarang transaksi yang dilakukan oleh pengguna.
Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:
Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon
No comments:
Post a Comment