Perbelanjaan Blockchain Amerika Syarikat Dijangka Meningkatkan 1,000% Antara Tahun 2017-2022 - Market Demon

Monday, April 22, 2019

Perbelanjaan Blockchain Amerika Syarikat Dijangka Meningkatkan 1,000% Antara Tahun 2017-2022

Image result for idc blockchain spending on us hike up 1000%

IDC menyatakan bahawa perbelanjaan bagi kerajaan negeri dan tempatan dijangka berkembang, dari $4.4 juta pada tahun 2017 kepada $48.2 juta pada tahun 2022 ini merupakan peningkatan hampir 1,000%.

Agensi-agensi awam persekutuan telah melaporkan telah membelanjakan lebih kurang $20 juta pada teknologi blockchain pada tahun 2017 dan dijangkakan akan menghabiskan lebih $80 juta menjelang 2022. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat juga turut menghabiskan lebih kurang dari $20 juta pada tahun 2017, ini dianggarkan angka ini akan mencecah $40 juta menjelang 2022.

IDC juga menyatakan bahawa blockchain mungkin menjadi teknologi asas untuk undang-undang dalam perdagangan, dan kemungkinan akan dilaksanakan sebagai salah satu ciri standard untuk beberapa jenis perdagangan antarabangsa.

Dari segi pelaksanaan khusus teknologi pula, laporan itu berpendapat bahawa pendekatan blockchain hibrid iaitu dengan menggabungkan aspek rangkaian swasta dan awam dan ini mungkin membuktikan bahawa teknologi blockchain kini popular di kalangan agensi kerajaan.

Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:

Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon

No comments: