Menurut laman web, aplikasi mudah alih CoinMarketCap akan merangkumi candlestick chart, data carta terbuka yang memaparkan harga tinggi dan terendah pada hari itu dan juga menyediakan perkhidmatan amaran harga pada semua cryptocurrency yang tersedia di laman web CoinMarketCap.
Untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna perlu membuat akaun CoinMarketCap terlebih dahulu dan log masuk seperti biasa. Aplikasi ini juga akan membolehkan pengguna untuk mengikuti berita dari pelbagai saluran media, serta membandingkan harga cryptocurrency yang lain.
Pada Ogos lalu, CoinMarketCap telah melancarkan dana API profesional yang berbayar, bukan itu sahaja ia turut menawarkan perkhidmatan pasaran derivatif yang berasaskan crypto serta sokongan untuk features, options dan open exchanger.
Pada tahun ini, CoinMarketCap telah mencatatkan bahawa ia akan mengubah metrik penyenaraiannya untuk pertukaran cryptocurrency berikutan kebelakangan ini berlaku banyak kes penipuan dalam data yang diberikan kepada pengguna mengenai exchanger yang dipalsukan. Aplikasi iOS pertama dari CoinMarketCap yang bakal dilancarkan pada bulan Mei tahun ini dan pada masa ini laman web bagi CoinMarketCap berada pada kedudukan ke-175 di dunia.
Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:
Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:
Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon
No comments:
Post a Comment