Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Thai (SEC) telah melaporkan memberi kebenaran kepada portal ICO pertama yang membolehkan untuk menyaring ICO, mengesahkan kod sumber kontrak pintar dan menjalankan prosedur Mengenal pasti Pelanggan (KYC). Pengendali portal ICO dilaporkan sebagai entiti asing.
Archari Suppiroj, pengarah jabatan fintech di SEC, melaporkan portal ICO yang pertama di Thailand telah dimuktamadkan untuk kelulusan rasmi dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Perdagangan. Urus niaga ICO yang pertama akan ditawarkan kepada awam dalam masa terdekat di bawah perintah raja Thailand
Menurut Archari, pasaran ICO telah mula matang dari idea yang berasaskan projek dan tidak hanya fokus kepada ICO sahaja tetapi disokong oleh aset fizikal. Archari juga mendedahkan bahawa pada masa hadapan SEC akan mengeluarkan kriteria yang membolehkan syarikat untuk menawarkan sekuriti dan aset lain.
Disember tahun lalu, SEC Thai telah mengumumkan pelannya dalam mempertimbangkan peraturan-peraturan untuk melonggarkan peraturan ICOs. pada mulanya, SEC Thai bertujuan untuk melancarkan portal ICO pertama dan beroperasi secara sah pada november tahun lalu, dengan rancangan untuk meluluskan setiap tawaran ICO.
Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:
Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon
No comments:
Post a Comment