Panduan Forex Trading Untuk Beginner - Market Demon

Thursday, March 7, 2019

Panduan Forex Trading Untuk Beginner


Pasaran tukaran mata wang asing (Foreign Exchange Market) atau singkatannya, Forex, dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu. Ini bermakna, Forex traders dapat memanfaatkan peluang pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Lebih menarik lagi, pelbagai aplikasi mudah alih tersedia untuk pengguna iPhone dan Android. Ini membolehkan anda mengakses data, menganalisis pasaran dan melaksanakan dagangan hanya melalui telefon pintar masing-masing. Anda boleh memuat turun aplikasi Forex sama ada di :


Aplikasi Dagangan

MetaTrader
MetaTrader - MetaTrader merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri Forex. Ia merupakan salah satu platform yang paling banyak digunakan di luar sana. MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 kedua-duanya menyediakan alat analisis teknikal yang lengkap dengan pelbagai technical indicator konvensional. App Store | Google Play

NetDania Stock & Forex Trader
NetDania Stock & Forex Trader - NetDania Stocks & Forex Trader adalah satu lagi platform broker-agnostik yang menyediakan real-time data, analysis tool, strategy execution dan integrasi dengan banyak broker. Aplikasi ini terkenal dengan ketepatan harga. Selain itu, trader juga boleh membina dan berkongsi strategi tanpa memerlukan kemahiran pengaturcaraan. App Store | Google Play

Trade Interceptor
Trade Interceptor - Seperti mana MetaTrader, platform ini membolehkan traders melihat real-time quotes dan melaksanakan perdagangan serta memainkan semula pergerakan pasaran pada masa lalu untuk latihan trading. Malah, anda boleh menggunakan ciri-ciri seperti split-screen dan quad-screen pada peranti mudah alih yang lebih besar. App Store | Google Play

Platform Broker - Banyak broker menawarkan aplikasi mereka sendiri yang menyediakan real-time market data dan pelaksanaan pesanan. Antara broker yang popular termasuk Saxo Bank, Forex.com, TDAmeritrade, OANDA dan FXCM.

Aplikasi Analisis
Kebanyakan aplikasi dagangan Forex turut melibatkan beberapa fungsi analisis seperti tool analisis dan kalendar ekonomi. Walau bagaimanapun, aplikasi-aplikasi ini bukanlah pilihan terbaik untuk meneliti pasaran. Aplikasi mudah alih yang dibina khusus untuk analisis data tertentu boleh membantu memberikan anda gambaran yang lebih baik.

Forex Calendar
Forex Calendar - Forex Calendar adalah aplikasi berita dan kalendar ekonomi yang dapat membantu anda mendapatkan maklumat mengenai pengumuman penting dalam industri kewangan. App Store | Google Play

Bloomberg
Bloomberg - Banyak tool yang terdapat di Bloomberg hanya boleh diakses apabila anda melanggan Bloomberg Terminal. Tetapi aplikasi Bloomberg News adalah sumber percuma dengan akses kepada berita dari seluruh dunia. Walaupun tidak semua berita terpakai kepada pasaran Forex, alat ini boleh menjadi tidak ternilai apabila anda mencari pandangan mengenai peristiwa-peristiwa yang bergerak dalam pasaran. App Store | Google Play

Aplikasi Pendidikan
Ramai orang berminat dengan pasaran Forex tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula. Nasib baik, terdapat banyak aplikasi yang memberi tumpuan pada pendidikan yang dapat membantu anda mempelajari konsep asas trading.

Forex Trading for Beginners
Forex Trading for Beginners - Forex Trading for Beginners adalah latihan dan aplikasi pembelajaran Forex yang paling popular. Berdasarkan ebook Forex Basics & Secrets in 15 Minutes, aplikasi ini membolehkan anda mempelajari konsep asas Forex. App Store | Google Play

Forex Hero
Forex Hero - Forex Hero adalah permainan perdagangan yang dibangunkan oleh pengarang ebook Slideshars Forex yang terkemuka. Aplikasi ini bertujuan untuk menyediakan cara yang menyeronokkan dan berkesan untuk mempelajari pasaran Forex. App Store | Google Play

OhMyGeorge
OhMyGeorge - OhMyGeorge adalah simulasi perdagangan Forex menggunakan live market data. Aplikasi ini membantu anda mempelajari bagaimana untuk berdagang Forex tanpa merisikokan wang sebenar. App Store | Google Play

Penutup
Banyak Forex Traders pada hari ini bergantung kepada aplikasi mudah alih untuk berdagang, menganalisis pasaran, mengikuti perkembangan ekonomi dan juga pendidikan. Selain dari aplikasi yang disenarai dalam artikel ini, terdapat banyak lagi aplikasi lain yang tidak kurang bagusnya.

Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Telegram. Sokongan dari anda, adalah suntikan semangat kepada kami untuk terus berkembang dan menyalurkan maklumat serta kandungan secara berterusan.

No comments: