Eugene Kaspersky, Ketua Pegawai Eksekutif kaspersky, menyatakan dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa crypto merupakan idea yang hebat, tetapi dunia masih belum bersedia untuk teknologi ini.
Kaspersky menyatakan bahawa dia percaya bahawa pada masa akan datang, mungkin dalam masa 100 tahun lagi - dunia akan bersatu di bawah sebuah kerajaan tunggal yang akan menggunakan satu mata wang digital. Menurut Kaspersky, dunia mesti bersatu dibawah satu kerajaan tunggal kerana sudah pasti kerajaan mahu mengawalnya.
Kaspersky juga menyatakan bahawa dia percaya bahawa mata wang masa depan akan digital, dengan alasan, bahawa mata wang digital hari ini, seperti Bitcoin (BTC), tidak boleh menggantikan sistem kewangan semasa.
Kaspersky sebelum ini pernah menyatakan pandangan yang sama pada crypto. Seperti yang dilaporkan oleh Kaspersky yang beliau berkata walaupun cryptocurrency adalah ciptaan yang hebat tetapi dia juga turut yakin bahawa geopolitik dunia ini masih belum bersedia untuk menggunakannya lagi.
Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:
Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:
Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon
No comments:
Post a Comment