Jack Dorsey dalam temu bual terbaru berkata bagaimana dia bereksperimen dengan Bitcoin dan apa yang menyebabkan beliau tertarik dengan Bitcoin. Walaupun Dorsey berkata had membeli maksimum untuk Bitcoin pada syarikat pembayaran mudah alih Square's CashApp adalah $10,000 dan beliau mengulas bahawa dia mungkin menyertai Stacking mulai sabtu minggu depan.
Dorsey lebih dikenali atas kepercayaannya terhadap Bitcoin adalah mata wang asli Internet. Dorsey berkata dalam temu bual dengan Joe Rogan bulan lalu bahawa "Bitcoin adalah sesuatu yang dilahirkan di internet, dibangunkan di internet, diuji di internet dan ianya datang dari internet itu sendiri."
Pada bulan februari, Dorsey telah mendedahkan bahawa satu-satunya crypto yang dipegangnya adalah Bitcoin. Ketika ditanya mengenai ciri-ciri bitcoin yang merangsang Dorsey untuk mengumpul bitcoin adalah bull bitcoin selepas ini akan menjadi terbesar dan bitcoin juga turut mempunyai potensi menjadi mata wang global.
Baru-baru ini, Eugene Kaspersky, ketua keselamatan siber Kaspersky, menyatakan bahawa dia percaya bahawa pada masa akan datang dunia akan bersatu di bawah satu kerajaan tunggal sahaja dan dunia akan beralih kepada mata wang digital.
Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:
Twitter: Market Demon
Telegram : Market Demon
No comments:
Post a Comment