Analisis teknikal dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu :
1. Price Action
2. Indicators
Indicators pada asasnya dibina dari rumus matematik berdasarkan harga dan volume serta ukuran seperti :
1. Money Flow
2. Trends
3. Volatility
4. Momentum
Kenapa Indicators Digunakan Dalam Trading?
Di dalam analisis teknikal, indicator digunakan sebagai ukuran untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penawaran dan permintaan (supply & demand). Indicator seperti volume digunakan untuk mengesahkan pergerakan harga dan kebarangkalian arah pergerakan itu akan berterusan. Indicators dapat dibahagikan kepada dua jenis :
1. Leading Indicator
2. Lagging Indicator
Leading Indicators
Leading indicators dicipta untuk mendahului pergerakan harga. Disebabkan sifatnya begitu, maka indicator jenis ini boleh digunakan untuk mendapatkan jangkaan pergerakan harga lebih awal. Antara leading indicator yang terkenal ialah :
1. Relative Strenght Index (RSI)
2. Stochastics Oscillator
NZD/JPY - Sebelum |
Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas bagaimana ia berfungsi sebagai leading indicator, lihat pada chart NZD/JPY di atas. Perhatikan bagaimana indicator RSI yang ditunjukkan di bahagian bawah chart sedang menaik ke atas sedangkan harga bergerak secara mendatar. Traders berpengalaman akan dapat membaca maklumat yang terdapat di dalam chart, terdapat perbezaan (divergence) antara indicator dan harga, yang mana berpotensi mendorong harga melakukan kenaikan lebih tinggi. Memasuki pasaran lebih awal adalah matlamat utama traders yang menggunakan leading indicator. Maka, RSI mungkin berguna untuk anda sekiranya anda berkongsi objektif yang sama.
NZD/JPY - Selepas |
Kebanyakan leading indicators adalah oscillators. Ini bermakna indicator ini diplot dalam "bounded range." Oscillator akan berubah-ubah ke dalam keadaan extremely high dan extremely low berdasarkan level yang ditetapkan. Contoh RSI yang saya tunjukkan di atas menggunakan variasi antara 0 dan 100. Pasaran kebiasaannya dianggap extremely high apabila RSI berada di atas level 70. Manakala ia dianggap extremely low apabila RSI berada di bawah level 30. Dalam kes NZD/JPY tadi, anda boleh lihat bagaimana RSI menunjukkan tanda-tanda extremely low. Ini membolehkan traders untuk menjangkakan kenaikan besar akan terjadi.
Lagging Indicators
Berbeza dengan lagging indicator, ia tidak dicipta untuk mendahului pergerakan harga tetapi sifatnya lebih kepada mengikuti pergerakan harga. Oleh sebab itu, lagging indicator tidak sesuai digunakan untuk mendapatkan jangkaan awal pergerakan harga. Kualiti ramalannya sangat rendah jika dibandingkan dengan leading indicator tetapi bukan bermakna indicator ini tidak bagus.
Lagging indicator yang terkenal adalah Moving Averages dan Bollinger Bands. Indicator ini kurang berfungsi ketika non-trending period seperti sideway dan accumulation. Walau bagaimanapun, ia sangat berguna sewaktu trending periods. Ini kerana, lagging indicator cenderung memberi tumpuan kepada trend dan menghasilkan isyarat buy dan sell yang lebih sedikit. Lagging indicator sesuai digunakan dalam keadaan pasaran yang tidak menentu kerana leading indicator boleh memberi isyarat palsu. Sekiranya anda dapat menggunakan kombinasi dua indicator ini, mungkin akan memberikan anda lebih banyak kelebihan sebagai traders.
Penutup
Indicator yang digunakan dalam analisis teknikal menyediakan sumber maklumat tambahan yang sangat berguna. Indicator dapat membantu traders dalam mengenalpasti momentum, trends, volatility dan pelbagai aspek yang lain apabila membuat keputusan dagangan. Sangat penting diingatkan bahawa walaupun terdapat traders yang menggunakan indicator sebagai alat tunggal dalam analisis, adalah lebih baik jika anda menggunakannya bersama dengan analisis lain seperti Chart Patterns, Elliot Wave, Wyckoff Theory, Dow Theory, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment