Stok-stok di Asia Menurun Berikutan Kejatuhan Di Wall Street - Market Demon

Tuesday, November 20, 2018

Stok-stok di Asia Menurun Berikutan Kejatuhan Di Wall Street

Hong Kong - Penjualan stok secara besar-besaran di dalam sektor teknologi seperti Google, Apple dan Amazon di Amerika Syarikat telah mempengaruhi pasaran stok di Asia pada hari Selasa 20 November 2018 menyebabkan pasaran berada pada kadar yang rendah ketika stok diniagakan.

Pelabur di pasaran stok China iaitu di Shanghai dan Shenzen mendahului dalam penjualan di dalam stok ini diikuti dengan pelabur-pelabur dari wilayah Asia yang lain seperti di Tokyo, Seoul, Taipei dan Hong Kong. Keresahan pelabur bertambah buruk apabila mengambil kira faktor perang dagang dan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China.


Pasaran Hadapan yang mengikuti perkembangan prestasi stok-stok di Amerika Syarikat juga menunjukkan kejatuhan ketika baru sahaja kaunter dibuka. Eropah juga mengambil langkah berhati-hati dan akan menjual sekiranya perlu membuatkan pasaran bergerak kearah yang lebih rendah sedikit demi sedikit.

Pemimpin-pemimpin dunia akan berjumpa pada minggu hadapan untuk Perjumpaan G20 iaitu Presiden Trump dan Presiden Xi Jinping akan bersemuka. Harapan dunia terletak pada dua figura ini untuk mencari titik persefahaman dalam perjanjian ekonomi diantara kedua-dua negara tersebut.

Dalam pada masa yang sama, pelabur di Shanghai dan Shenzen menunjukkan minat untuk meletakkan wang mereka pada harga diskaun di dalam sektor semiconductor. Kejatuhan yang teruk yang dialami oleh syarikat pembuat cip Nvidia beberapa hari lalu kerana menunjukan pendapatan yang tidak memberangsangkan telah membuatkan harganya bertukar merah. Stok negara China telah mengalami kejatuhan sebanyak 20 peratus sepanjang tahun ini.

Di Hong Kong pula, Tencent mengalami kejatuhan lebih daripada 3 peratus. Syarikat-syarikat negara China yang didagangkan di bursa saham Hong Kong rata-rata mengalami kejatuhan sebanyak 1.9 peratus, manakala keseluruhan prestasi pasaran Hong Kong jatuh melebihi 2 peratus pada tahun ini.


Stok untuk syarikat automotif di Jepun pula menurun berikutan penahanan Carlos Ghosn, Pengerusi Nissan kerana kesalahannya mengurangkan jumlah dalam laporan kewangannya pada Kerajaan Jepun. Berikutan daripada itu, stok Nissan telah menurun sebanyak 5 peratus. Di Seoul dan Taipei pula pasaran mereka hanya jatuh pada paras 1 peratus sahaja.

No comments: