Bersedia Dengan Kejatuhan Pasaran? - Market Demon

Tuesday, November 20, 2018

Bersedia Dengan Kejatuhan Pasaran?


Bercakap dalam forum ekonomi di Greenwich baru-baru ini, Paul Tudor Jones berkata bank pusat Amerika Syarikat, Fed, menghadapi cabaran di penghujung pertumbuhan ekonomi. Ramai yang menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan berakhir tidak lama lagi.

Jones terkenal kerana berjaya meramal dan meraih keuntungan dari kejatuhan pasaran saham pada 19 Oktober 1987. Beliau yang kini berusia 64 tahun juga dikenali kerana terlibat dalam kesemua instrument pasaran, dari mata wang (Forex) hingga komoditi.

Paul Tudor Jones
Semasa di Greenwich tempoh hari, Jones berkata beliau percaya bahawa bond dan saham telah terlebih nilai (overvalued). Ancaman terbesar kepada kestabilan kewangan datang dari tahap pasaran saham yang tinggi dan sensitiviti harga bon terhadap kadar faedah.

Kebijaksanaan konvensional menegaskan bahawa sekiranya kadar faedah naik terlalu cepat, ia boleh menimbulkan keraguan kepada banyak aset kerana kenaikan kadar faedah bermaksud peningkatan kos pinjaman bagi sesebuah syarikat dan yield boleh mengurangkan permintaan terhadap saham berbanding bon sebagai aset bebas risiko.


No comments: