Korea Utara menguji senjata baru 'taktikal' serta melepaskan tahanan Amerika Syarikat - Market Demon

Tuesday, November 20, 2018

Korea Utara menguji senjata baru 'taktikal' serta melepaskan tahanan Amerika Syarikat


Pemimpin Korea Utara menyaksikan sendiri ujian senjata berteknologi tinggi yang baru dibangunkan oleh negara itu, disamping itu juga Pyongyang juga melepaskan tahanan AS, menghantar isyarat yang bertentangan pada saat rundingan sensitif.

Lawatan Kim Jong Un ke tapak ujian mengenai apa yang disebut media negara Korea Utara itu sebagai "senjata taktikal" yang boleh melindungi Korea Utara seperti "dinding besi" yang boleh mengancam suasana diplomatik pada masa rundingan diantara Korea Utara dan Amerika Syarikat muncul nanti. 

Bagaimanapun, Jabatan Negara A.S. berusaha menyangkal perkembangan itu dengan menunjukkan bahawa ia tidak akan menggagalkan usaha dalam memujuk Korea Utara untuk melepaskan program senjata nuklear yang berpotensi bakal mengancam Amerika Syarikat.

Pada sidang kemuncak sebelum ini pada Jun lalu, pertemuan diantara Presiden A.S. Donald Trump dan Kim di Singapura telah bersetuju untuk berusaha menjatuhkan denominasi Semenanjung Korea dan mewujudkan hubungan baru. Tetapi perjanjian itu tidak begitu spesifik.

Keterangan lanjut mengenai senjata "taktikal" yang muncul akan mengalihkan perhatian dunia mengenai senjata strategik yang lebih besar seperti peluru berpandu balistik dan bom nuklear. Ini menimbulkan ketidakselesaan lebih-lebih lagi terhadap negara disekeliling Korea Utara yang dikatakan boleh membawa kepada perang Korea baru. 

Tetapi ujian terhadap mana-mana senjata baru sudah tentu akan mengancam dan menimbulkan ketegangan terhadap Washington, Pihak A. S berulang kali menekankan Korea Utara melalui sekatan antarabangsa sehingga Korea Utara menyerahkan dan memberhentikan operasi senjata nuklearnya.

Kim tahun ini mengisytiharkan pasukan nuklearnya sudah "lengkap" dan beliau berkata akan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi pula. Tetapi Korea Utara telah menyatakan kekecewaan pada Washington tentang keengganan dalam sekatan antarabangsa baru-baru ini dan mengancam untuk memulakan semula senjata nuklearnya jika lebih banyak konsesi tidak dibuat.

Mahu memberi sumbangan atau terlibat dalam komuniti Market Demon?


No comments: