Perjalanan ke Bhutan adalah satu pengalaman yang sangat unik untuk dinikmati di dunia. Walaubagaimanapun, perjalanan ini boleh dikatakan salah satu perjalanan yang termahal untuk dialami oleh seseorang. Kerajaan Bhutan telah meletakkan bayaran minimum sebanyak $200 USD sehari untuk seorang dan $250 USD seorang pada musim puncak untuk semua pelancong ke Bhutan. Bayaran ini semata-mata untuk melindungi budaya Bhutan dan alam sekitarnya. Secara mudahnya, ini yang menjadikan perjalanan anda ke Bhutan menjadi mahal.
Cukai & Bayaran Dalaman
Salah satu sebab mengapa Bhutan begitu mahal ialah kerana bayaran yang dibuat akan digunakan untuk menjaga dan melindungi alam sekitarnya.
Cukai Pelancongan
Sebab lain ialah wang anda akan digunakan untuk pendidikan percuma dan penjagaan kesihatan percuma. Tambahan lagi, pembaharuan infrastruktur dan bangunan akan dibuat melalui wang yang dikutip. Semestinya tidak masuk akal sekiranya seorang pelancong perlu mengambil bahagian dalam pembangunan dalam sesebuah negara, tetapi inilah yang membuatkan Bhutan lebih terjaga untuk dinikmati pada masa hadapan.
Sebahagian besar bayaran yang dikenakan akan disalurkan ke Kerajaan Bhutan untuk menaik taraf negara itu |
Polisi Kerajaan Bhutan untuk pelancongan ialah 'High Quality, Low Impact'. Ini bermaksud mereka sedia maklum tentang harga cukai yang ditetapkan amat tinggi yang akan membuatkan pelancong tidak mengunjungi negara ini. Tetapi, kerajaan mereka juga ingin memastikan yang alam sekitar dan negaranya dijaga dengan sebaik mungkin.
Penginapan
Bayaran $200-$250USD anda telah termasuk dengan kos penginapan. Semestinya ia bukanlah penginpan bertaraf 4 atau 5 bintang melainkan anda ingin menambah duit sendiri untuk menikmati penginapan bertaraf itu.
Makanan
Bayaran permulaan anda juga akan membuatkan anda menerima makanan setiap seorang pada setiap hari anda berada di Bhutan. Ianya bukanlah hidangan istimewa yang mahal tetapi yang pasti anda tidak akan kelaparan selama anda berada disana.
Pengangkutan
Bayaran anda juga termasuk kos pengangkutan. Walaubagaimanapun penerbangan domestik tidak termasuk dalam bayaran ini. Jadi sekiranya anda merancang untuk menaiki pesawat ketika bercuti, anda perlu menyediakan wang yang berasingan. Diingatkan juga tiada penerbangan terus atau diskaun pada kesemua penerbangan di Bhutan yang menyebabkan ianya sangat mahal.
Apakah Sebab Utama Pelancongan Di Bhutan Terlalu Mahal
Setelah sekian banyak sebab diterangkan diatas, anda mungkin masih tertanya-tanya apakah yang menyebabkan kos ke Bhutan ini terlalu mahal. Kebanyakkan wang anda akan disalurkan terus kepada kerajaan Bhutan untuk cukai, yuran alam sekitar dan juga yuran pelancongan. Kesemua kos ini tidak termasuk dengan visa, insuran pelancongan dan tiket kapal terbang. Sekiranya anda mengira kesemua kos ini, anda akan merasakan ini ialah satu pelancongan anda yang termahal.Uma Hotel adalah salah satu hotel mewah disana |
Kos Berbeza Pada Setiap Musim & Warganegara
Semestinya anda perlu membayar wang yang lebih sekiranya anda melancong pada musim-musim kemuncak. Pada musim ini anda perlu membayar $250 USD seorang sebagai bayaran permulaan. Sekiranya anda melancong secara solo anda perlu membayar lebih banyak. Anda mungkin akan dikenakan bayaran sebanyak $290 USD!Melancong secara berkumpulan akan lebih menjimatkan wang berbanding melancong secara solo |
Cara-Cara Terbaik Untuk Membuat Penjimatan Ketika Melancong di Bhutan
Salah satu cara yang mudah ialah melawat Bhutan pada bukan waktu puncak. Anda berjimat sebanyak $50 USD secara automatik dengan cara ini. Waktu-waktu bukan puncak di Bhutan ialah Disember, Januari dan Febuari. Cara yang lain pula ialah dengan menyimpan duit dan mengunjungi Bhutan secara berkumpulan. Anda akan mendapat harga diskaun pada kebanyakkan pakej ketika di Bhutan dengan cara ini.Perjalanan ke Bhutan semestinya sangat mahal dan juga sangat berbaloi. Kos pelancongannya yang tinggi menyebabkan ramai orang tidak akan pergi ke Bhutan semula dan membuatkan mereka menikmati setiap saat ketika berada di sana.
No comments:
Post a Comment