Siapa yang menetapkan harga Bitcoin? |
Siapa yang menetapkan harga Bitcoin? Bitcoin merupakan aset yang volatile. Ketika mula diperkenalkan, Bitcoin tidak mempunyai harga rasmi sama sekali kerana tiada siapa yang mahu menjual atau membelinya. Tetapi apabila exchange Bitcoin pertama mula muncul, harganya berkembang. Ia bermula pada nilai yang sangat kecil, kira-kira 6 sen.
Selepas bertahun-tahun dicipta, ia tidak mencecah nilai $1 pun.Pada Jun 2011, harga Bitcoin mula naik sekitar $22, kemudian jatuh kembali di bawah harga $20. Dua tahun kemudian, iaitu pada Februari 2013, Bitcoin mula mendaki pasaran dengan pantas, mencapai sehingga ke paras harga $140 pada bulan April. Kemudian hanya dalam tempoh 10 bulan, Bitcoin mencecah paras $1,000. Maka tidak hairanlah ramai spekulator begitu berminat dengan Bitcoin.
Tetapi siapa yang menetapkan harga Bitcoin dan menyebabkan ia turun naik dengan begitu gila?
Pelbagai Faktor
Harga Bitcoin tidak ditetapkan oleh sesiapa. Ia ditetapkan oleh pasaran dan untuk menjadikannya lebih kompleks lagi, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi harga Bitcoin. Ketika artikel ini ditulis, saya melihat harga Bitcoin di beberapa exchange.
1. Bitfinex - $4,626
2. CEXIO - $4,612
3. HitBTC - $4,633
4. Gemini - $4,510
5. Bittrex - $4,507
Mengapa Terdapat Perbezaan?
Sebahagian daripada sebabnya adalah data berasal dari pelbagai sumber. Bitcoin tidak didagangkan di satu tempat. Sebaliknya ia didagangkan di pelbagai exchange yang berbeza, masing-masing menetapkan harga purata mereka sendiri berdasarkan perdagangan yang berlaku pada satu-satu masa. Indeks mengumpul harga dari beberapa exchange dan menerbitkan harga purata. Tetapi tidak semua indeks menggunakan exchange yang sama dalam pengumpulan data.
Harga Bitcoin sangat volatile. Ini sebahagian besar disebabkan oleh faktor liquidity, iaitu jumlah Bitcoin yang mengalir dalam pasaran pada satu-satu masa. Pedagang "tradisional" lebih memilih untuk berdagang mata wang fiat seperti U.S Dollar dan Euro setiap hari dengan volume yang besar. Volume dagangan harian Bitcoin sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan pasaran Forex. Dengan volume dagangan yang kecil, bila berlaku peristiwa tertentu, boleh mewujudkan perubahan yang besar dalam pasaran.
Peristiwa Yang Mempengaruhi Harga Bitcoin
Sekiranya negara-negara besar memberi tanggapan negatif terhadap Bitcoin seperti mana yang berlaku dengan China, maka ia boleh menyebabkan pasaran jatuh. Perkara yang sama terjadi dalam kes jenayah apabila laman perdagangan dadah, Silk Road, yang menggunakan Bitcoin sebagai medium pertukaran ditutup, kesannya menyebabkan harga Bitcoin menjunam.
Terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi harga Bitcoin. Terdapat beberapa pihak yang memiliki Bitcoin dalam kuantiti yang besar. Oleh itu, mereka boleh memanipulasi pasaran dengan mudah. Dalam beberapa kes, harga Bitcoin digerakkan oleh big player yang menjual Bitcoin dalam jumlah yang besar. Salah seorang trader yang terlibat diberi gelaran sebagai "Bearwhale." Tindakan individu ini menyebabkan market crashed.
Kesimpulannya, berhati-hati. Bitcoin adalah aset berisiko tinggi. Bahkan trader berpengalaman juga boleh kehilangan wang dalam pasaran yang tidak menentu.
No comments:
Post a Comment