Gambar yang diambil selepas tsunami 2004, suku Sentinel memanah ke arah helikopter |
Suku Sentinel menarik perhatian antarabangsa selepas bencana tsunami 2004. Ketika gambar salah seorang anggota suku itu diambil dari helikopter, mereka bertindak balas secara agresif dengan memanah ke arah pasukan penyelamat. Suku Sentinel hidup di sebuah kepulauan kecil yang bernama Sentinel Utara. Mereka tidak ada perhubungan dengan dunia luar dan menyerang sesiapa sahaja yang mendekati kepulauan itu.
Pada tahun 2006, dua orang nelayan India telah menaiki bot ke Sentinel Utara untuk berehat selepas penat berhempas pulas mencari rezeki di perairan di sekitar pulau itu. Dua orang nelayan India itu telah dibunuh dan bot mereka dirosakkan. Semua perkara mengenai suku Sentinel hanya diketahui melalui maklumat yang dikumpulkan dengan memerhati mereka dari jarak jauh. Mereka hidup dengan berburu, mengumpul hasil hutan dan menangkap ikan di perairan pantai.
Pada tahun 2006, dua orang nelayan India telah menaiki bot ke Sentinel Utara untuk berehat selepas penat berhempas pulas mencari rezeki di perairan di sekitar pulau itu. Dua orang nelayan India itu telah dibunuh dan bot mereka dirosakkan. Semua perkara mengenai suku Sentinel hanya diketahui melalui maklumat yang dikumpulkan dengan memerhati mereka dari jarak jauh. Mereka hidup dengan berburu, mengumpul hasil hutan dan menangkap ikan di perairan pantai.
Suku Sentinel menjaga perairan pantai dari dicerobohi |
Sentinel hidup dalam tiga kumpulan kecil. Kaum wanita suku ini memakai tali di sekeliling pinggang, leher dan kepala. Manakala kaum lelaki memakai kalung dan tali pinggang yang lebih tebal. Mereka membawa tombak, busur dan anak panah. Media massa menggambarkan suku ini sebagai masyarakat zaman batu. Dari apa yang dapat dilihat dari kejauhan, suku yang mendiami Sentinel Utara ini jelas sangat sihat dan kuat.
Pada penghujung tahun 1800-an, M.V Portman, pegawai British yang bertugas di Andaman telah tiba bersama pasukan yang besar di kepulauan Sentinel Utara dengan harapan dapat berhubung dengan suku Sentinel. Di sana, mereka mendapati banyak kampung dan laluan yang terbengkalai tetapi tiada seorang pun suku Sentinel dapat dilihat.
Suku Sentinel telah mendiami kepulauan Sentinel sejak 55,000 tahun lampau |
Selepas beberapa hari pegawai British itu menemui mereka. Kanak-kanak dari suku Sentinel menunjukkan minat terhadap "Sains." Mereka kemudian di bawa ke Port Blair. Tidak lama kemudian, beberapa orang dari kalangan mereka jatuh sakit dan meninggal dunia. Mungkin dari pengalaman ini, menyumbang kepada permusuhan dan penolakan dari suku Sentinel untuk berhubung dengan orang luar?
Menjelang tahun 1970-an, pihak berkuasa India melakukan perjalanan ke Sentinel Utara dalam usaha untuk bersahabat dengan mereka. Perkara ini sering dilakukan oleh pegawai kehormat. Dua ekor babi dan anak patung ditinggalkan di pantai. Orang-orang Sentinel membaling tombak ke arah babi itu dan menguburkannya bersama anak patung.
Kedudukan pulau Sentinel Utara |
Kunjungan pihak berkuasa India seterusnya dilakukan secara lebih teratur pada tahun 1980-an. Mereka membawa bersama-sama buah tangan seperti kelapa, pisang dan besi. Kadang-kadang kunjungan mereka disambut mesra oleh orang Sentinel, ada juga waktunya mereka disambut dengan anak panah.
Pada tahun 1991, terdapat satu kejayaan apabila para pegawai yang berkunjung ke pulau itu disambut dengan isyarat mesra dari suku Sentinel supaya membawa hadiah dan buat pertama kalinya mereka berjaya didekati tanpa senjata. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan orang-orang Sentinel tidak selalunya akan membuahkan hasil. Sesetengah perhubungan mesra akan berakhir dengan tragis.
Gambar Chau menerusi Instagramnya sebelum terbunuh |
Paling terbaru, John Allen Chau, 26, seorang pengembara Amerika yang juga mubaligh Kristian telah dibunuh oleh suku Sentinel. Chau ke kepulauan itu pada 15 Nov, dan kembali ke botnya. Keesokan harinya, Chau memberitahu nelayan bahawa dia mungkin tidak akan pulang dari pulau itu dan mengarahkan mereka mengirim beberapa keping nota bertulisan tangan kepada rakannya. Keesokan harinya para nelayan melihat mayat Chau diseret di pantai.
Chau sebelum itu, telah membawa gunting, pin keselamatan dan bola sepak sebagai hadiah kepada suku Sentinel. Dalam notanya, Chau menulis bahawa beberapa anggota suku itu sangat baik kepadanya manakala yang lain sangat agresif. Chau turut berkongsi dalam notanya, tujuan dia melakukan semua itu adalah bagi menubuhkan kerajaan Jesus di pulau Sentinel.
No comments:
Post a Comment