IPIC dan dana pelaburan Aabar menuntut sejumlah ganti rugi daripada Goldman Sachs |
Salah satu kumpulan bank yang terkenal di dunia, Goldman Sachs telah dikenakan tindakan undang-undang sivil oleh dana pelaburan daripada Abu Dhabi, IPIC yang mendakwa Goldman Sachs telah memainkan peranan utama untuk merasuah bekas pengarah IPIC dan Aabar Investments dalam skandal penipuan dan rasuah 1MDB Malaysia.
Syarikat International Petroleum Investment (IPIC) dan Aabar Investment PJS sekarang sedang menuntut sejumlah ganti rugi semasa membuat aduan yang difailkan pada Rabu di mahkamah negeri di New York. Walau bagaimanaupun, pegawai kerajaan daripada Malaysia tidak dapat dihubungi bagi memberi kenyataan tentang hal ini.
Nota :
International Petroleum Investment ialah sebuah organisasi pelaburan milik kerajaan yang menguruskan dana kekayaan untuk Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu.
Aabar Investment PJS pula ialah anak syarikat kepada IPIC. Firma ini melabur dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, infrastruktur, penerbangan, pembangunan hartanah dan perkhidmatan kewangan.
Dua syarikat terbabit berkata bahawa reputasi mereka telah tercalar kerana pegawai Goldman Sachs telah merasuah bekas pengarah urusan IPIC, Khadem Al-Qubaisi dan bekas CEO Aabar Investments, Ahmed Badawy Al-Husseiny. Sebagai ganjaran, Khadem dan Ahmed Badawy bersetuju untuk memanipulasi dan mengelirukan IPIC dan Aabar. Mereka juga menyalahguna nama syarikat, kenalan dan infrastruktur untuk meneruskan jenayahnya dan untuk kepentingan diri sendiri.
IPIC juga berkata mereka telah menfailkan aduan jenayah terhadap Al-Qubaisi dan Al-Husseiny kerana menerima rasuah dan menyalahguna kuasa. Keberadaan dua pegawai tersebut masih tidak diketahui umum dan tidak dapat dihubungi sehingga sekarang.
Khadem telah menerima sebanyak $473 juta yang disalurkan daripada dana 1MDB pada tahun 2012. Hal ini telah disahkan oleh U.S Justice Department (DOJ). A.S mendakwa bahawa sekumpulan rakyat Malaysia telah mengalihkan wang dari 1MDB ke akaun peribadi yang menyamar sebagai akaun perniagaan yang sah dan menyalurkan semula ke akaun peribadi beberapa pegawai kerajaan. Goldman Sachs meraih $593 juta daripada sejumlah $6.5 bilion sebagai tiga jualan bon pada tahun 2012 dan 2013 untuk 1MDB.
Bekas pengerusi Goldman Sachs, Tim Leissner di Asia Tenggara mengakui bahawa beliau telah menyuap pegawai untuk mendapatkan tawaran bon dan berkata budaya merahsiakan perkara salah telah menyembunyikan salah lakunya daripada kakitangan pematuhan.
1MDB ialah sebuah idea daripada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato' Seri Najib Tun Razak. Ia ditubuhkan adalah untuk menarik pelaburan asing dan banyak memberi tumpuan kepada projek pembangunan strategik dalam bidang tenaga, hartanah, pelancongan dan perniagaan. Namun selepas penubuhannya pada tahun 2009, ia telah mengumpul hutang yang banyak sehingga berbilion dan menjadi tumpuan daripada seluruh dunia kerana melibatkan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan enam buah negara.
Sejumlah RM26.3 bilion hutang jangka masa panjang yang perlu dilunaskan oleh Kerajaan Malaysia sebelum tahun 2039 |
Saham bank Goldman Sachs merosot apabila pendakwa A.S membabitkan ketiga-tiga pegawai bank dalam penipuan tersebut. Nilai saham telah jatuh paling banyak dalam tempoh tujuh tahun pada minggu lepas, apabila menteri kewangan Malaysia berkata beliau akan mendapatkan bayaran balik bagi yuran yang pernah dibayar oleh 1MDB dahulu. Penganalisis daripada Morgan Stanley, Betsy Graseck berkata mungkin ada tindakan undng-undang tambahan dan tinjauan dalam pada masa hadapan. Dia tidak melihat bahawa saham bank itu bakal pulih sehingga kebimbangan ini dijawab.
Tuntusan saman sebelum ini telah dilaporkan oleh Wall Street Journal.
Kes ini ialah International Petroleum Co. V The Goldman Sachs Group Inc, Mahkamah Agung Negeri New York, County New York.
No comments:
Post a Comment