Bank Pusat Azerbaijan Tidak Merancang Untuk Mengeluarkan Cryptocurrency Sendiri - Market Demon

Monday, November 19, 2018

Bank Pusat Azerbaijan Tidak Merancang Untuk Mengeluarkan Cryptocurrency Sendiri

Image result for central bank azerbaijan not interested in cryptocurrency

Alim Guliyev, Pengerusi pertama di Bank Pusat Azerbaijan(CBA), menggariskan bahawa mata wang digital merupakan risiko yang besar, CBA tidak bercadang untuk melancarkan sebuah bank pusat yang akan mengeluarkan mata wang digital (CBDC). Guliyev, yang melihat instrumen kewangan mata wang digital ini sebagai "berisiko dan berbahaya," tambahan lagi dia percaya pengubahan wang haram adalah matlamat utama dalam cryptocurrencies.

Kumpulan kajian bebas Israel yang ditubuhkan oleh gabenor Bank Israel telah menyimpulkan kesimpulan yang sama sambil mengkaji lagi kemungkinan dalam pelaksanaan untuk mengeluarkan mata wang digital mereka sendiri, tetapi secara keseluruhannya negara itu tidak mengesyorkan bank pusat negara mereka mengeluarkan mata wang digital negara mereka sendiri.

Sebelum ini, Bank of Finland mengeluarkan satu kajian, yang bertajuk "Illusion of Great Cryptocurrencies," yang memanggil cryptocurrencies sebagai bukan mata wang sebenar tetapi lebih kepada aset yang tidak wujud.

Sementara itu di Azerbaijan, pengerusi Forum Internet Azerbaijan telah mendedahkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan teknologi blockchain dan smart contract dalam sistem undang-undang negara mereka dan juga dalam bidang perkhidmatan awak (bekalan air, gas dan bekalan elektrik).

Mahu memberi sumbangan atau terlibat dalam komuniti Market Demon?

No comments: