Kisah Andy Krieger Dan Keyakinan Beliau - Market Demon

Monday, November 19, 2018

Kisah Andy Krieger Dan Keyakinan Beliau

Andy Krieger
Tragedi ‘Black Monday’ merupakan satu peristiwa yang tidak mungkin boleh dilupakan dalam sejarah pasaran saham dunia. Tragedi tersebut berlaku pada 19 Oktober 1987 dimana situasi panik telah melanda dan menyebabkan keseluruhan pasaran telah jatuh hampir 20%.

Pada ketika itu, Andy Krieger, berusia 32 tahun, telah memerhati dengan hati-hati bagaimana pasaran ketika itu bergerak. Beliau telah melihat dan menganalisis kesemua matawang yang kuat berbanding United States Dollar (USD). Hasil daripada analisis, beliau mensasarkan matawang New Zealand Dollar (NZD), dan percaya matawang tersebut akan berada di fasa overvalued. Setelah yakin dengan analisa beliau, beliau telah mengambil position short dengan menggunakan leverage. Sebanyak $300 juta keuntungan dapat dikaut untuk syarikat beliau bekerja sebagai hasilnya. Kesan daripada tindakan beliau, bank pusat New Zealand mengetahui yang Andy Krieger mempunyai hasil matawang yang tinggi berbanding bank pusat dalam hanya beberapa jam sahaja! 

Andy Kreiger telah menamatkan pengajian dalam bidang Bahasa Sanskrit dan Falsafah di Wharton School of Business, Pennsylvania. Pada tahun 1986, beliau menyertai Bankers Trust setelah bekerja dengan Salomon Brothers. Beliau sangat dikenali di Banker Trust dan reputasi beliau naik dengan begitu cepat. Ini disebabkan Andy Krieger terkenal sebagai seorang dealers yang agresif dalam pasaran. Pihak atasan sangat kagum dengan prestasi beliau. Oleh sebab itu, pihak atasan telah memberikan trading limit sebanyak $700 juta hanya untuk Andy Krieger sahaja, dimana mengikut piawaian syarikat tersebut had normal hanyalah $50 juta. 

Walaupun ramai yang mengatakan kemenangan Krieger hanyalah kerana bernasib baik sahaja, tetapi menurut beliau fundamental analisis telah memainkan peranan sangat penting. Ini kerana, Krieger mempunyai maklumat yang tepat dan mempunyai market monitoring skills untuk mengenalpasti lebih awal bahawa matawang New Zealand (NZD) sudah berada di fasa overvalued. Seandainya, perkara sebaliknya yang berlaku, ini boleh menyebabkan kerugian yang melampau untuk syarikat beliau. Disebabkan keyakinan dan kepercayaan tinggi yang beliau miliki, hasilnya telah membuka mata banyak pihak. 

No comments: