Ekonomi Digital Asia Tenggara - Market Demon

Monday, November 19, 2018

Ekonomi Digital Asia Tenggara


Ekonomi digital Asia Tenggara kini berkembang pantas dengan kadar 37% kepada $72 bilion pada tahun ini. Menurut laporan penyelidikan oleh Google dan Temasek Holding Pte, ekonomi digital Asia Tenggara diunjurkan akan melebihi $240 bilion menjelang tahun 2025.

Ekonomi digital di rantau ini didorong oleh 350 juta pengguna dalam talian di sepuruh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam yang membeli tiket penerbangan, barangan, menempah kenderaan dan makanan melalui telefon pintar mereka.

Dalam laporan tahun lepas, Google dan Temasek, syarikat pelaburan Singapura, menganggarkan ekonomi digital Asia Tenggara akan mencapai nilai $200 bilion pada tahun 2025. Laporan tahunan yang dikeluarkan merangkumi nilai jualan kasar dalam empat sektor ekonomi digital :

1. E-dagang
2. Ride-hailing
3. Media dalam talian
4. Travel


Syarikat internet di Asia Tenggara menarik sejumlah modal dari venture capital, firma ekuiti persendirian dan pelabur korporat pada tahun 2018, dengan peningkatan $9.1 bilion pada enam bulan pertama tahun ini berbanding $9.4 bilion pada tahun 2017.

Pasaran ride-hailing di rantau ini akan berkembang kepada kira-kirq $7.7 bilion pada tahun 2018 dan dijangka mencapai $28 bilion menjelang 2025. Google dan Temasek mula memasukkan penghantaran makanan dalam talian dalam kategori ini untuk kali pertama pada tahun ini memandangkan permintaan kepada perkhidmatan ini yang semakin meningkat.

Online travel adalah yang terbesar di antara empat sektor ekonomi digital, iaitu kira-kira $30 bilion dalam tempahan pada tahun 2018. Menjelang tahun 2025, 57% daripada tempahan akan dibuat dalam talian apabila pasaran dijangka mencapai nilai $78 bilion. Online shopping adalah sektor ekonomi digital yang paling pesat berkembang, mencecah nilai $23 bilion pada tahun 2018. Ia dijangka tumbuh melebihi $100 bilion menjelang 2025.

Tahun 2018 telah menjadi tahun transformasi untuk perkhidmatan ride hailing di Asia Tenggara selepas Uber Technologies Inc keluar dari Asia Tenggara selepas berurusan dengan Grab. Syarikat Indonesia, Go-Jek pula terus melebarkan sayapnya ke luar negara itu.Perkhidmatan ride-hailing turut popular di Singapura, menjadi pasaran kedua terbesar di rantau ini dengan nilai kira-kira $1.8 bilion pada tahun 2018.

Ekonomi digital Indonesia merupakan yang terbesar dan paling pesat berkembang di Asia Tenggara, mencapai nilai $27 bilion pada tahun 2018 dan bersedia untuk berkembang menjadi $100 bilion menjelang tahun 2025. Ekonomi digital Vietnam berkembang melalui e-dagang, hampir 2 kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Pengiklanan dan permainan dalam talian tumbuh lebih daripada 50% pada tahun 2018.

No comments: