Elon Musk Tidak Akan Menggunakan Semula Roket Falcon 9 - Market Demon

Monday, November 19, 2018

Elon Musk Tidak Akan Menggunakan Semula Roket Falcon 9

Roket Falcon 9 daripada Syarikat SpaceX berlepas daripada Launch Complex 4 di Cape Canaveral Air Force Station, Florida pada Sept. 21, 2014. Sumber: NASA
Elon Musk berkata dalam laman Twitter miliknya bahawa Space X tidak akan lagi merancang untuk membaikpulih Falcon 9 di tahap kedua untuk kegunaan semula. Bagaimanapun, sebagai alternatif beliau akan menaik taraf roket yang amat popular iaitu Big Falcon Rocket (BFR) dan menganggap ia sebagai sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu dan pasti menjadi tarikan orang ramai.


Nota tambahan : Space X berkata mereka memerlukan sebanyak $62 juta untuk melancarkan sebuah roket Falcon 9 yang biasa pada satu masa manakala menelan belanja sebanyak $90 juta untuk Roket Falcon Heavy.





Pada 2016, Musk telah memperkenalkan BFR sebagai roket yang bukan sahaja dibina untuk menghantar manusia dan kargo ke planet Marikh tetapi juga mampu membawa penumpang mengelilingi dunia dalam masa satu jam sahaja. Peristiwa ini pasti ditunggu-tunggu oleh sejagat manusia. 


Syarikat Space X telah mengumumkan pelanggan pertama mereka yang akan menaiki roket BFR tersebut iaitu Yusaku Maezawa. Jutawan daripada Jepun itu dijangka akan mengelilingi bulan pada tahun 2023. Mengikut analisa daripada dokumen Air Force, pesaing SpaceX iaitu United Launch Alliance telah menganggarkan kos yang diperlukan untuk menerbangkan sebuah roket ialah sekitar $422 juta. Pada masa sekarang, Maezawa bernilai $2.9 bilion, dijangka nilai itu cukup untuk dia menjadi pengunjung pertama bulan.
Maezawa berdiri di atas kerangka BFR yang pertama atau dikenali sebagai tangki pertama yang diperbuat dari bahan serat karbon baru. Sumber :Yusaku Maezawa




No comments: