Sejarah Ringkas ‘Market Crash’ Krisis Kejatuhan Pertama Ekonomi Bunga Tulip Mania - Market Demon

Friday, May 11, 2018

Sejarah Ringkas ‘Market Crash’ Krisis Kejatuhan Pertama Ekonomi Bunga Tulip Mania

Best Tulip Mania Poster Wall Street And Beautiful Ideas Of Tulpenmanie By Simanion On DeviantArt Posters 4

Pada awalnya bunga tulip tumbuh liar di kawasan Asia Tengah dan Asia Barat. Bunga tulip ditanam dan dipelihara pada masa kerajaan Ottoman (Turki), dan kemudian masuk ke Belanda pada abad ke-16. Selepas Carolus Clusius menulis satu buku yang bertemakan bunga tulip pada tahun 1592, bunga tulip menjadi sangat popular, menyebabkan kebun bunganya diserang dan benih bunganya dicuri secara luar biasa. Bunga tulip juga menjadi topik lukisan dan perayaan yang popular. Pada pertengahan abad ke-17, bunga tulip menjadi sangat popular sehingga menyebabkan kejutan ekonomi pertama, yang dikenali sebagai Demam Tulip/Tulip Mania (tulipomania).

Tulip mania direkodkan sebagai kejatuhan ekonomi terbesar pertama dalam sejarah pada tahun 1637 di Belanda. Pada masa itu bunga tulip yang baru saja popular di Belanda menyebabkan para pelabur dan spekulator membeli bunga tulip secara besar-besaran disebabkan jangkaan kenaikan harga yang berterusan.



Harga bunga tulip pada masa itu mencecahkan sejumlah gaji setahun buruh di Belanda. Setelah tulip semakin popular, penanaman professional dibayar lebih tinggi dan harga meningkat dengan mendadak/drastik. Pada tahun 1634, akibat permintaan dari Perancis, spekulator mula memasuki pasaran. Tahun itu juga Belanda mencipta satu jenis pasaran niaga hadapan yang resmi/formal di mana kontrak untuk membeli bunga tulip pada akhir musim itu telah dibeli dan dijual.

Pada tahun 1636, bunga tulip menjadi eksport ke-14 terbesar Belanda. Selain itu, bunga tulip mania mencapai kemuncaknya semasa musim sejuk pada tahun 1636-1637, apabila satu kontrak dilaporkan bertukar tangan sepuluh kali dalam satu hari. Tiada penghantaran yang pernah dibuat ke atas pembeli, kerana pada bulan Februari tahun 1637, harga tulip jatuh secara tiba-tiba dan perdagangan terus terhenti.



Hal ini disebabkan kegagalan pasaran mencipta permintaan bunga tulip pada harga yang sangat tinggi pada masa itu. Dipercayai kejatuhan bermula di Harlem apabila buat pertama kalinya para pelabur dan spekulator tidak hadir dalam lelongan rutin yang dijalankan. Kemungkinan kerana Harlem pada masa itu diserangi penyakit wabak taun dan spekulator tidak mahu mengambil risiko.