Artikel kali ini saya CryptoPawn akan membawa sebuah kisah motivasi ringkas dari kisah kegelapan hidup Jordan Belfort. Bagaimana beliau mendapat motivasi semasa berada dalam lokap. Ingin ikuti kisah menarik ini? Teruskan membaca.
Nama beliau sebenarnya tidak asing lagi dalam dunia kewangan. Baik dalam wayang popular Hollywood 'The Wolf of the Wall Street' lakonan Leonardo Dicaprio, ataupun dunia sebenar. Namanya cukup besar, sehinggakan boleh dijadikan ikhtibar melalui pengalaman baik dan buruk beliau. Kenapa dia berkongsi sebuah kisah menarik yang luar biasa berbanding orang lain.
Belfort menceritakan semula, bagaimana pengalaman hidupnya berbeza daripada apa yang digambarkan dalam wayang tersebut. Beliau menyifatkan bahawa malam yang paling menyedihkan dalam hidupnya ialah malam sebelum meninggalkan anaknya, untuk dibawa ke lokap menjadi seorang banduan. Sebelum dia ditahan oleh pihak berkuasa, dia sempat melihat dua orang anaknya meraung menangis kesedihan. Perpisahan dengan anaknya adalah satu peristiwa yang paling perit untuk dia hadapi.
Beliau terasa sangat bersalah sehinggakan tidak mempercayai telah menjadi seorang banduan. Semasa menghadapi cabaran di kandang besi, Belfort sentiasa tertanya-tanya bagaimana untuk meneruskan motivasi hidup dalam menghadapi masalah besar? Kehilangan duit, kehilangan isteri dan anak-anak, kehilangan kebebasan dalam hidup. Bagaimana?
Ini adalah rahsianya!!! Suatu malam semasa beliau di dalam penjara, dalam kegelapan malam dan semua banduan lain telah tidur, Belfort hanya mempunyai pemikiran negatif, kesal pada kesilapan yang lalu. Kemudian tiba-tiba semasa beliau memejamkan mata, Belfort cuba membayangkan wajah kedua-dua anaknya. Seterusnya beliau sedar, memang beliau mengalami tekanan perasaan tetapi pada masa yang sama, beliau menjadikan kedua-dua anaknya sebagai semangat untuk kembali menghadapi hidup. Seterusnya membuktikan kepada dunia bahawa beliau boleh bangkit semula dari kegagalan.
...There's nothing i wont do, there's no length I won't go to, to prove these kids that their dad can do it right. That their dad's going to come back even better before. And it was all about proving to my children, that you could come back from failure that you could make the world right. I could be an example and make them proud of me...
Kesimpulanya di sini adalah x-factor beliau untuk bangkit bermotivasi, segalanya disebabkan kasih sayang kepada anak-anak dan bukannya diri sendiri semata-mata. Kalau dikaitkan dengan kehidupan kita ketika menerima sebarang tekanan dalam hidup, orang sekeliling kita yang bermakna dalam hidup kita boleh memberi satu motivasi jika kita pandai kaitkan dengan masalah. Semoga ini boleh memberi sedikit motivasi buat diri anda. Saya CryptoPawn semoga berjumpa lagi.