Pakar Psikologi Mengatakan Rahsia Kejayaan Seseorang Bergantung Kepada Siapa Yang Anda Kahwin - Market Demon

Monday, May 28, 2018

Pakar Psikologi Mengatakan Rahsia Kejayaan Seseorang Bergantung Kepada Siapa Yang Anda Kahwin


Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh penyelidik dari Carnegie Mellon University, orang yang mempunyai pasangan yang menyokong lebih cenderung memberikan diri mereka peluang untuk berjaya.

Ahli pakar psikologi mendapati bahawa pasangan yang menyokong antara satu sama lain lebih cenderung mengambil cabaran yang berpotensi memberi mereka lebih ganjaran. Mereka yang menerima cabaran mengalami pertumbuhan yang lebih positif, kebahagiaan dan kesejahteraan psikologi selepas beberapa bulan kemudian.

Ramai orang yang berjaya telah membincangkan betapa pentingnya mempunyai pasangan mereka di sepanjang kerjaya mereka. Kita boleh mengambil contoh di Malaysia dimana Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 Y.A.B Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai isterinya Tun Dr. Siti Hasmah yang sangat membantu sepanjang kerjaya beliau sebagai ahli politik di Malaysia. Bukan itu sahaja, kita juga boleh lihat pada Datuk Seri Wan Azizah yang tetap setia kepada Suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang suaminya berada di penjara walaupun pelbagai tohmahan dan kecaman terhadap suaminya itu. Hasilnya mereka menjadi antara orang yang amat penting dalam pencetus demokrasi di arena politik Malaysia.


Menurut kajian, terdapat tiga langkah utama yang boleh diambil untuk mendorong pasangan untuk meningkatkan lagi motivasi dalam kerjaya pasangan masing-masing iaitu yang pertamanya adalah dengan memberi semangat kepada pasangan tentang peluang yang bakal mereka kecapi, kedua dengan meyakinkan pasangan anda tentang apa yang mereka lakukan pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk mereka dan yang terakhir adalah dengan  membincangkan manfaat dan kepentingan dalam mengambil peranan atau cabaran baru dalam kehidupan.

Ingatlah terlajak perahu boleh diundur, terlajak pasangan merana seumur hidup. Pasangan kita mencerminkan diri kita sendiri jadi pilih lah pasangan hidup yang anda benar-benar selesa dan serasi dengan kita. Jangan pilih pasangan berdasarkan paras rupa semata-mata tapi perlu juga dilihat pada hati budi pasangan anda.

Don't make permanent decision based on temporary emotion

Jangan lupa untuk mengikuti kami di media sosial seperti di bawah: