Kisah Lelaki Berumur 256 Tahun - Market Demon

Monday, May 28, 2018

Kisah Lelaki Berumur 256 Tahun


Dalam dunia hari ini, agak mustahil untuk kita percaya seseorang manusia mampu hidup sehingga usia 150 tahun, apatah lagi 256 tahun??? Menurut majalah Time dan New York Times yang diterbitkan sekitar 1933, ada seorang manusia dikhabarkan meninggal dunia pada usia 256 tahun. Agak musykil bunyinya. Jika ianya benar, sungguh bertuah manusia tersebut.

Nama lelaki itu adalah Li Ching-Yun. Dalam usia beliau, dia dapat menyaksikan 23 orang isterinya meninggal. Sehingga beliau mati, dia dapat menghasilkan 180 keturunan. Sekiranya dia merupakan orang Africa, sudah pasti dia akan menjadi Role Model bagi para lelaki di sana kerana lelaki yang "berharga" adalah lelaki yang mempunyai ramai isteri dan anak.

Menurut Li Ching Yun, rahsianya memiliki umur panjang adalah kerana mengamalkan "duduk seperti penyu", "tidur seperti anjing", "berjalan cergas seperti burung merpati" dan juga mengekalkan kesihatan jantung.

Ketenangan dan kelapangan minda merupakan rahsia untuk kekal sihat.

Apa yang beliau makan? Dia kebanyakkannya cuma makan nasi dan wine. Tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupan awal Li Chung. Sedikit maklumat adalah dia lahir dan mati di bandar yang sama iaitu di Szechwan China.

Boleh membaca seawal umur 10 tahun dan kerap berkelana ke Shansi, Tibet, Kansu dan Manchuria untuk mendapatkan herba. Dia juga menjual herba selama lebih 100 tahun. Menurut majalah Time, kuku beliau direkodkan sepanjang 6 inci. Ramai manusia yang berusia 80 tahun ke atas (tidak termasuk Tun M kita) lazimnya telah uzur dan tidak mampu menguruskan banyak perkara. Tetapi menakjubkan di mana Li Chung mampu melakukan banyak perkara dan menguruskan diri sendiri. Itu yang membuatkan ramai orang sangsi mengenai umur sebenar beliau.

Menurut Li, dia dilahirkan pada tahun 1736. Jika dikira-kira, usianya cuma 197 tahun berbanding 256 tahun. Namun begitu, seorang professor di Minuko University, membuktikan yang Li lahir pada 1677. Ia dikuatkan lagi dengan terdapat bukti Li mendapat penghormatan dari kerajaan China pada ulangtahunnya yang ke-200.

Melihat dari perspektif perubatan, agak mustahil seseorang manusia dapat hidup sebegitu lama. Usia Li saja sudah melebihi 130 tahun daripada rekod umur manusia tertua di dunia yang pernah direkodkan.

Apa yang kita boleh simpulkan di sini, mungkin Li mempunyai tubuh badan yang super (superhuman body) atau ia adalah satu cerita yang ditokok tambah.

Namun begitu, usia kita ini cuma pinjaman dari Ilahi. Apa yang penting, manfaatkan usia kita dengan benda berfaedah sama ada untuk diri kita mahupun untuk orang di sekeliling kita.

Teruskan bersama kami di Market Demon untuk info-info menarik.