Peristiwa Istiwa' A'zam dan kaitannya dengan dunia pelaburan? - Market Demon

Monday, May 28, 2018

Peristiwa Istiwa' A'zam dan kaitannya dengan dunia pelaburan?

Apa itu peristiwa Istiwa' A'zam?

Istiwa' a'zam adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa'. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan.

Bila ia berlaku?

Mengikut kajian falak, fenomena ini berlaku di Malaysia pada waktu tersebut :

1. 28 Mei pada setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan

2. 16 Julai pada setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang






Apa Yang Perlu Dilakukan?

Sebelum peristiwa ini berlaku, anda perlu:
  1. Pastikan jam yang dirujuk mengikut waktu piawai yang tepat. (Sila hubungi 1051, untuk menyemak ketepatan waktu);
  2. Set penggera masa anda 10-15 minit lebih awal;
  3. Pacakkan objek yang lurus secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata;
  4. Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas; dan
  5. Tunggu hingga 5.16 petang (28 Mei) atau 5.28 petang (pada 16 Julai).

Ketika peristiwa ini berlaku

  1. Perhati dan tandakan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  2. Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di bawah)
  3. Tandakan arah qiblat.



Peristiwa Istiwa' A'zam dan kaitan dunia pelaburan?

Nota: Sesungguhnya ia tiada apa-apa kaitan dengan pelaburan atau sebarang coin yang boleh diramal daripadanya (kurafat). Setelah tahu arah kiblat jangan lupa solat dan jangan lupa pada perisitiwa ini tiada nas solat sunat istiwa'.


Rujukan: Mufti Negeri Sembilan

Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com

Ingin dapatkan kemaskini lebih pantas di peranti pintar anda? Ikuti salah satu media sosial kami di bawah: