Kehidupan Manipulasi Oleh Media Sosial - Market Demon

Tuesday, May 1, 2018

Kehidupan Manipulasi Oleh Media Sosial


Adakah anda sering mengalami perasaan yang tidak senang jika anda mula melepaskan telefon pintar dari genggaman. Perasaan yang membuatkan anda tidak mahu melepaskan telefon pintar dan ingin kerap menyemak notifikasi - notifikasi daripada Instagram, Facebook ataupun Twitter

Kadang-kadang anda mungkin perasan yang anda terlalu lama menghabiskan masa di media sosial dan anda berfikir ia salah diri sendiri. Tetapi ia tidak semestinya. Ia juga kerana aplikasi media sosial memang dicipta untuk membuat anda ketagih.

Kenapa Media Sosial Menagihkan?

Saya rasa semua tahu perasaan ghairah yang timbul apabila kenalan kita mula memberi “likes” ataupun “comment” yang membuat kita kerap mahu update media sosial kita. Hanya dengan dua perkara itu dapat membuatkan seseorang itu ketagih. 

Ketagihan ini berlaku apabila cecair dopamine dikeluarkan secara berlebihan di dalam sel otak. Semakin tinggi kandungan dopamine, semakin ketagih seseorang terhadap media sosial.

Sekarang yang kelihatan semuanya memegang telefon pintar khusyuk ‘berinteraksi’ di media sosial, sambil tersengih seorang diri. Kerana terlalu asyik, mereka seolah-olah hidup di alam maya tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling mereka. Malah ramai lebih suka berinteraksi dalam dunia maya berbanding di dunia sebenar.

Aplikasi-aplikasi dicipta untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan manusia supaya mereka sentiasa menatap skrin telefon pintar selama yang boleh.

Jadi apakah kelemahan ini? Manusia mempunyai keperluan untuk diterima dan keinginan asas pada taraf sosial. Akibatnya, otak kita menganggap maklumat tentang diri kita seperti ganjaran. Apabila tingkah laku kita diberi ganjaran seperti makanan atau wang, "sistem penilaian" otak kita diaktifkan. Sistem ini juga diaktifkan apabila kita menerima maklumat yang berkaitan dengan diri sendiri. Itulah sebabnya, jika seseorang memanggil nama anda, walaupun di seberang bilik bising, ia secara automatik muncul ke dalam kesedaran anda.

Maklumat yang berkaitan dengan reputasi dan kedudukan sosial manusia amat penting. Secara fitrahnya manusia akan sensitif pada perkara ini. 

Anda boleh tonton video dibawah untuk lebih informasi tentang helah yang digunakan oleh media sosial dalam membuatkannya sangat ketagih :