Penggunaan matawang kripto semakin rancak biarpun nilainya tidak setinggi penghujung tahun 2017. Matawang kripto utama, Bitcoin telah merekodkan transaksi melebihi USD200,000 dalam satu hari. Penggunaan teknologi blockhain ternyata sudah semakin meningkat maju kerana rata-rata syarikat di dunia sudah mula mempercayai dan mahu mengaplikasikan blockchain ke dalam sistem mereka. Tidak kurang juga ramai individu yang mula beralih ke cara pembayaran online dengan menggunakan matawang kripto kerana ia lebih memudahkan urus niaga mereka.
Namun bagi anda yang masih kabur dan terpinga-pinga tetapi ingin tahu gambaran bagaimana teknologi blockchain berfungsi? Untuk artikel kali ini penulis sertakan contoh ringkas kitaran blockchain dalam bentuk infografik.
Bagaimana seseorang melakukan transaksi pembelian dengan menggunakan matawang kripto.