10 Sebab Professional 'Trader' Menjadi Pilihan Utama Untuk Lebih Berjaya - Market Demon

Wednesday, May 2, 2018

10 Sebab Professional 'Trader' Menjadi Pilihan Utama Untuk Lebih Berjaya

Dewasa ini ramai penduduk Malaysia didedahkan dengan pasaran wang yang sedia ada. Tidak dinafikan selepas tahun 1973, era kemodenan tukaran matawang (Forex) sehingga kini memberi impak yang besar untuk semua orang terlibat sama dalam perdagangan matawang. Dari instrument perdagangan lama seperti saham hingga intrument terkini iaitu cryptocurrency, pasaran kewangan telah menarik minat generasi masa kini untuk cuba mengubah nasib diri mereka. 

Saya CryptoPawn, artikel kali ini akan cuba berkongsi kepada anda, 10 sebab kenapa professional 'Trader' menjadi pilihan untuk lebih berjaya.


1. PELUANG 'KERJA SENDIRI' SENTIASA ADA:

Bangsa, warna kulit, agama tidak menjadi masalah untuk anda mencuba dalam bidang ini. Taraf pendidikan seperti graduan universiti atau kolej, sekolah, lepasan PHD dan sebagainya tidak bererti untuk anda tidak mencuba, selagi anda sanggup belajar dan berusaha sebaik yang mungkin, anda masih ada peluang untuk berjaya. Jantina lelaki atau perempuan, latar belakang kewangan tidak ada masalah.

Sejarah hidup masa lalu juga bukanlah masalah besar untuk anda mencuba dalam bidang ini. Anda seorang banduan, bekas penjenayah atau mempunyai pengalaman hidup yang pahit, anda masih berpeluang menjadi seorang 'Professional Trader'. Paras rupa, bentuk badan, status semasa bukan keutamaan malah bahasa juga bukan halangan. Selagi anda punyai dana untuk didagangkan dalam pasaran kewangan ini, selagi itu anda masih ada potensi untuk berjaya.



2. TIDAK PERLU MEMOHON MANA-MANA SYARIKAT UNTUK BEKERJA:

Tidak perlu meminta sebarang kerja. Ada tidak perlu risau menghadapai interview untuk memiliki pekerjaan. Slip gaji, polisi tempat kerja, cuti, prestasi syarikat, tempat kerja dan sebagainya Perkara yang  perlu diberi tumpuan ialah 'diri anda sendiri', selagi anda cuba untuk meningkatkan kelebihan dan kekuatan diri anda, selagi itu potensi untuk berjaya akan sentiasa ada.


3. TIDAK PERLUKAN VENDOR, PELANGGAN  INVOIS DAN SEBAGAINYA:

Anda hanya perlu tumpukan dana pada akaun yang hendak dilaburkan dalam dagangan kewangan. Anda tidak perlu bersemuka dengan orang di luar sana. Tidak perlu memuaskan hati para pelanggan. Anda tidak perlu menarik ramai pelanggan dalam pasaran kewangan. 

Melalui pasaran yang anda buat, anda mempunyai pilihan Full-time Trader atau Part-time Trader. Sedikit nasihat, Part-time trader sangat susah, untuk menjadikan anda sebagai seorang professional trader dan tak bermakna anda melakukan sepenuh masa, menjadikan anda seorang professional trader.


4. RUANG YANG TIDAK TERHAD:

Ruang adalah kelebihan dalam bidang ini. Anda boleh di buat di rumah, restoran dan di mana-mana saja selagi anda berasa selesa. Tidak perlu membeli atau menyewa ruang pejabat yang mahal untuk anda beroperasi. Tidak perlu ruangan yang besar untuk menyimpan produk supaya tahan dari kerosakan. 

Secara tidak langsung anda bebas untuk berasa takut dari tarikh luput, kerosakan, penghantaran barang, penjagaan, insurans produk, pameran produk dan sebagainya. Selagi anda mempunyai ruang untuk komputer, atau koputer riba, smart phone dan sambungan internet, anda boleh menjalankan aktiviti pasaran kewangan anda.


5. BEBAS DENGAN KEKANGAN MASA:

Tidak dinafikan ini antara sebab paling utama individu tertarik dengan professional trader. Masa anda adalah fleksibel. tidak perlu bergelut dengan masa 8 hingga 12 jam sehari untuk berkerja. Jika anda menjadi seorang yang professional dalam bidang ini, anda tidak perlu 24 jam menghadap carta dan jika anda menjadi Full-time Trader, masa untuk anda membuat dagangan wang, mengikut kesukaan dan teknik anda sendiri. Anda tidak perlu bergantung dengan orang lain dalam menentukan masa kerja anda.


6.BOLEH BERMULA DENGAN MODAL YANG RENDAH:

Ramai mereka di luar sana gagal fahami konsep ini dengan baik. Pemikiran bermula dengan modal yang tinggi menyebabkan risiko kegagalan juga tinggi. Sebenarnya pendatang baru juga boleh bermula dengan modal yang rendah. Contohnya 10USD untuk Forex, crypto dan sebagainya. Sementara itu, modal juga antara faktor untuk orang ramai tertarik dengan dagangan pasaran. Tidak seperti perniagaan, kebiasaannya memerlukan modal yang lebih besar berbanding 10USD yang saya nyatakan tadi.


7.PULANGAN UNTUNG SANGAT SINGKAT:

Amaran!!! Sila fahami baik-baik istilah ini. Keuntungan serta merta antara faktor terbesar golongan amatur gagal. Sebab mereka selalu memikirkan keuntungan sampai mengabaikan ilmu dalam proses belajar. Pastikan labur dalam ilmu, keuntungan akan menyusul. Jika anda peroleh ilmu yang tinggi dalam bidang ini, seterusnya menjamin keuntungan yang berganda untuk anda lebih maju pada masa hadapan.


8.KOS TRANSAKSI YANG RENDAH:

Contoh paling terbaik yang boleh saya berikan ialah melalui IOTA iaitu salah satu crypto yang ada di pasaran sekarang. Jika anda membuat sebarang transaksi melalui IOTA, anda tidak akan dikenakan sebarang charge, tetapi jika dibandingkan dengan transaksi melalui perniagaan 'Real-Estate' contohnya, kos transaksi boleh menjangkau jutaan ringgit. Jika difikirkan semula, ini adalah salah satu faktor utama untuk orang ramai berusaha menjadi professional trader.


9.PEMBELAJARAN TIDAK TERIKAT DENGAN PERATURAN PERSEKOLAHAN:

Jika anda mengimpikan professional trader, anda tidak perlukan pembelajaran di kolej atau universiti bertahun-tahun. Tidak seperti perkerjaan lain, contohnya doktor, anda perlu memperolehi sijil-sijil pmbelajaran yang diiktiraf untuk anda bergelar sebagai seorang doktor, manakala pengalaman juga sangat penting untuk anda bergelar sebagai seorang professional.


10.TIDAK MEMERLUKAN PERALATAN YANG BANYAK DAN MAHAL:

Untuk menjadi seorang trader, atau professional trader. Hanya perlukan komputer atau smartphone, sambungan internet yang baik, 'charting software', broker atau exchange, dana untuk didagangkan, strategi yang baik dalam sebuah sistem yang bersesuaian dengan anda dan lain-lain, untuk anda memulakan hidup sebagai seorang professional trader.


Kesimpulanya di sini, di samping pulangan yang tinggi, trading juga memberi kesan yang lebih baik daripada bekerja. Adakah anda sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjadi seorang professional trader? Saya CryptoPawn mengucapkan selamat berjaya untuk anda semua.