Polymath: Panduan Untuk Pemula - Market Demon

Wednesday, May 2, 2018

Polymath: Panduan Untuk Pemula

Apa Itu Polymath?

Dari segi istilah, Polymath bermaksud "belajar banyak perkara". Ia merujuk kepada seseorang yang menguasai pelbagai bidang yang berlainan. Para pemikir hebat di zaman Renaissance seperti Leonardo da Vinci dan Enlightenment juga digelar Polymath. Enlightenment merupakan suatu gerakan para ilmuwan dan ahli falasafah yang mendominasi dunia inovasi di Eropah pada kurun ke 18. Namun, apa kaitan Polymath dengan cryptocurrency?

Polymath mempermudahkan proses undang-undang dalam urusan pelancaran atau penjualan sesuatu security token. Satu token baru yang dipanggil ST20 diperkenalkan untuk menguatkuasakan Government Compliance. Cuma "Senarai Pelabur Yang Diiktiraf" dan wallet address Ethereum mereka sahaja yang boleh menyimpan token ST20 ini. Justeru, Pemunya Token (Token Issuer) tidak perlu bimbang mengenai isu legal berkaitan security token mereka.

Untuk melancarkan token berkaitan pematuhan (Compliance) ini, platform Polymath berfungsi sebagai perantara untuk menghubungkan antara pemunya token, penguatkuasa, smart contract developer, pengesahan KYC (know your customer) dan decentralized exchange. Kesemua transaksi di atas platform Polymath ini dilakukan menggunakan token POLY. Memandangkan banyak pelancaran initial coin offering (ICO) yang mendapat kekangan dari kerajaan, Polymath berharap dapat menyediakan perkhidmatan Security Token Offering (STO) yang sah.

ICO

Pada tahun 2017 sahaja, sebanyak USD1.2billion ICO telah diterbitkan dalam bentuk token utility atau security. Token utility,Waltonchain contohnya, memberikan anda akses kepada jaringan token dan lebih meluas berbanding token security. Token berbentuk sekuriti, memberikan anda ekuiti ataupun dividen daripada syarikat dan ia tertakluk kepada government regulation.

Standard baharu Polymath dalam token sekuriti blockchain ini bertujuan untuk menggabungkan kesemua regulation yang perlu ke dalam satu smart contract. Smart contract ini akan sentiasa patuh kepada government security regulation.

Dengan itu, pihak Polymath percaya, financial security akan berfungsi dengan lebih baik di dalam blockchain. Malah mereka berhasrat untuk menggantikan terma"shareholder" kepada "token holder".

Sekuriti

Dari segi undang-undang, setiap pelabur berhak untuk mengetahui keadaan kewangan atau apa-apa maklumat yang berkaitan dengan sesuatu security yang dibuka untuk jualan umum. Ia bertujuan untuk mengelakkan salah faham atau penipuan dalam jualan security ini. Jika dilihat dari sudut positif, ia merupakan satu langkah yang murni memandangkan pada 2017 sahaja, terdapat banyak ICO yang berbentuk scam dan 46% ICO telah pun gagal!

[Baca: Kegagalan ICO: Apa Puncanya?]

Sebelum dibuka untuk jualan awam, syarikat mesti mendaftarkan security mereka dengan pihak kerajaan. Tetapi, ia memakan kos yang tinggi dan melalui proses yang rumit. Security kemudian akan "dibeli dan dijual dalam pasaran sekunder seperti stock exchange dengan yuran sebanyak 0.25% ke 3%". Polymath yakin ia akan membantu untuk mendaftarkan token-token secara sah dan dalam masa yang sama menyediakan decentralized exchange dengan yuran yang rendah.

Platform Security Token Polymath

Jaringan Applikasi Polymath
Platform token yang terdiri dari 3 lapisan iaitu applikasi, legal dan protokol adalah untuk memastikan token anda sentiasa patuh (comply) dan kekal patuh. Lapisan-lapisan ini bertujuan memudahkan proses legalisasi, mengurankan kos dan meperbaiki kecairan aset.


Bagaimana Membina Token Sekuriti Anda?

1- Membina Token Sekuriti Standard
Polymath akan meminta anda membekalkan beberapa maklumat dari segi Token details, characteristics, allocation dan legal details termasuk contact details. Maklumat tersebut perlu sebelum menghasilkan satu ST20 (Token Sekurity Standard).

2- Memilih Delegasi Legal
Selepas token anda dibina, ia masih lagi belum boleh dipindah milik selagi legal delegate belum mengesahkan bahawa kesemua prosedur telah lengkap. Anda akan menerima beberapa bidaan daripada legal delegate termasuk peguam. Terpulang kepada anda untuk memilih berdasarkan kesesuaian dan kos yang berpatutan. Setelah legal delegate telah dipilih, anda perlu menghantar POLY sebagai yuran kepada smart contract dan boleh mula bekerjasama di atas platform Polymath. Dokumen-dokumen boleh dihantar secara selamat dan seterusnya melengkapkan proses compliance.

Sesudah itu, perbincangan dengan pihak delegasi perlu dilakukan untuk memperincikan lagi smart contract token anda. Bidang kuasa pelabur, jenis tawaran, masa simpanan (hold time) sebelum token boleh dijual semula adalah antara perkara yang perlu digariskan sebelum kesemua dokumen diserahkan kepada pihak legal delegate untuk melengkapkan smart contract anda. Kemudian, legal delegate akan menetapkan alamat (address) untuk initial offering contract anda.

Nah...akhirnya anda sudah bersedia untuk memulakan trading!


Menjadi Seorang Pelabur

Jika anda berminat untuk membeli token di atas platform Polymath, anda perlu mengesahkan identiti dan status akreditasi anda kepada penyedia perkhidmatan KYC (Know Your Customer). Anda boleh memilih penyedia perkhidmatan KYC yang ada dalam senarai Polymath. Kemudian, anda perlu menghantar sejumlah token POLY kepada mereka sehingga prosess KYC anda selesai.

Selepas menghantar dokumen berkaitan, penyedia perkhidmatan KYC akan menghantar maklumat berkenaan ability anda untuk membeli securities kepada pihak Polymath smart contract. Segala maklumat berkaitan berapa jumlah wang dan di mana anda boleh melabur di dalam smart contract.

Security Token

Berbeza dengan token biasa, untuk trade security token perlu melalui beberapa proses lain kerana amat penting untuk mengetahui siapa yang memiliki token tersebut. Ia memberi implikasi dari segi percukaian, pembayaran dividen dan seumpamanya. Kebanyakan exchange mengelak untuk menyenaraikan security token kerana mereka ingin mengelak untuk melalui security regulator.

Walau bagaimanapun, token yang terbit dari platform Polymath ini, semua pembeli atau penjual perlulah disahkan oleh smart contract. Hanya pelabur berdaftar dengan penyedia perkhidmatan KYC pihak Polmath sahaja  yang boleh menyimpan token itu. Secara teorinya, ia tidak tertakluk dengan caj yang berkaitan dengan centralized exchange.



Nantikan artikel seterusnya untuk mengupas lebih lanjut mengenai siapa di belakang tabir, roadmap dan future plan serta siapa pesaing utama POLY ini.

Stay Tuned!

Penafian: Market-Demon dan para penulis tidak bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berkaitan artikel ini. Segala keputusan pelaburan adalah di atas tanggungjawab anda sendiri. Kami juga tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Token di atas.

Sumber: Coincentral