The Big Short : Dari Doktor Menjadi Pelabur Berjaya - Market Demon

Wednesday, May 2, 2018

The Big Short : Dari Doktor Menjadi Pelabur Berjaya


Pada minggu lepas, Market Demon berkongsi kisah lagenda Wall Street, Dari Tentera Darat Menjadi Pelabur Tersohor, kali ini kami bawakan kepada anda kisah Dr. Michael J. Burry, dari doktor menjadi pelabur berjaya. Dr. Michael J. Burry adalah salah seorang pelabur terkenal yang meramalkan krisis kewangan 2008 dan mendapat keuntungan luar biasa dari peristiwa itu. Kisahnya difilemkan dan tercalon dalam kategori Oscar for Best Picture di Academy Award ke-88 pada tahun 2016. Filem The Big Short adalah berdasarkan buku tulisan Michael Lewis, The Big Short : Inside the Doomsday Machine, menceritakan kisah empat pelabur yang meramalkan kejatuhan pasaran pada tahun 2008. Salah seorang watak di dalam filem ini, Dr. Michael Burry, dilakonkan oleh Christian Bale.

Dari Doktor Menjadi Pelabur
Dr. Michael J. Burry dilahirkan dan dibesarkan di San Jose, California. Beliau mendapat ijazah kedoktoran di Vanderbilt. Selepas pulang ke California, beliau meninggalkan dunia akademik lalu menubuhkan hedge fund, Scion Capital. Beliau seorang yang anti-sosial. Malah pernah didiagnosis menghidap sindrom Asperger. Asperger adalah sindrom di mana penghidapnya mengalami masalah dalam interaksi sosial dan komunikasi non-verbal, serta pola tingkah laku yang terhad dan berulang. Walaupun bijak, Burry tidak mempunyai ramai kenalan dan tidak terkenal dalam kalangan pelabur ketika beliau memulakan kerjayanya.

Burry mempunyai sifat kontrarian, iaitu melihat sesuatu bertentangan dari orang ramai. Atas sebab itu, beliau menjadi yang terawal berpendapat bahawa syarikat Dot Com telah overvalued semasa era Dot Com Bubble. Beliau mula mengambil posisi short serta-merta dan hedge fund yang diuruskannya naik seperti roket. Pada tahun pertama, Burry memperoleh keuntungan 55% walaupun S&P 500 jatuh sebanyak 12%. Pasaran terus jatuh pada tahun keduanya namun dana Burry meningkat sebanyak 16% dan 50%, menjadikannya salah seorang pelabur paling berjaya dalam industri ini.

Burry & The Big Short
Ketika Burry menganalisis pasaran pembiayaan subprima dan balance sheet bank, beliau mendapati ada sesuatu yang tidak kena. Beliau melihat risiko pasaran suprima kerana berjuta-juta peminjam berpendapatan rendah membeli rumah dan kereta dengan leverage yang besar. Sesetengah peminjam membuat pembayaran down payment yang rendah malah ada yang tidak membuat bayaran down payment, sekiranya kadar faedah naik sudah tentu mereka tidak mampu membayar semula. Burry menyedari bahawa suprima tidak mungkin akan kekal lama. Burry memaklumkan kepada pelabur mengenai risiko yang besar dalam sistsm itu. Pelabur yang kebanyakannya adalah pelabur institusi tidak mahu mendengar teori Burry.

Pada tahun 2007, secara tiba-tiba pasaran mula berubah arah apabila semakin ramai orang memahami risiko sistem itu. Domino mula jatuh, pertama Bear Stearns, kemudian Lehman Brothers, AIG, dan diikuti seluruh sistem kewangan. Burry mengambil posisi short, beliau memperoleh keuntungan $100 juta untuk dirinya dan $700 juta untuk Scion Capital.

Walaupun Burry seorang yang sangat kaya, sifat anti-sosial dan hubungan yang tidak baik dengan pelabur lain mengakhiri kerjayanya sebagai fund manager. Jadi, apa yang Dr. Michael J. Burry lakukan sekarang? Beliau meletakkan semua wangnya dalam satu komoditi, iaitu air.

Melabur dalam air? Satu kenyataan yang membingungkan, kan? Kerana tidak seperti komoditi lain seperti minyak, kapas, emas atau perak, tidak ada pasaran untuk perdagangan air. Jadi bagaimana seseorang itu melabur dalam air? Anda boleh melabur dalam ulitili, infrastruktur dan equipment yang berkaitan.