Apa itu Silk Road?
Silk Road adalah sebuah black market dan juga darknet market yang moden pertama, terkenal sebagai platform untuk membeli pelbagai
jenis dadah. Ia adalah sebahagian daripada dark web dan beroperasi sebagai
servis Tor yang tersembunyi di mana pengguna dapat mengakses laman tersebut
dengan selamat dan anonymous tanpa perlu risau dipantau oleh orang lain. Laman
tersebut dicipta pada Febuari 2011 selepas 6 bulan proses pembinaan. Pada
mulanya, hanya terdapat akaun penjual yang terhad dan penjual yang baru perlu
membeli akaun dalam bidaan. Selepas beberapa lama, mereka perlu membayar yuran
yang telah ditetapkan untuk setiap akaun.
Pada Oktober 2013, pihak Federal Bereau Investigation (FBI)
telah menutup semua laman sesawang itu dan menangkap pengasasnya Ross William
Ulbricht. Ulbricht ditahan sebagai pengasas pseudonymous “Dread Pirate
Roberts”. November 2013, Silk Road 2.0 telah wujud selepas dicipta oleh bekas
admin Silk Road. Laman itu juga telah dipadamkan dan katanya dalang disebalik laman itu
juga telah tertangkap selepas operasi “Operation Onymous” dijalankan.
Ulbricht dituduh atas 8 dakwaan yang berkaitan dengan Silk
Road oleh U.S. Federal Court di Manhattan dan telah dihukum penjara seumur
hidup tanpa sebarang parol.
Sejarah Silk Road
Nama Silk Road diambil daripada sejarah laluan perdagangan
yang wujud ketika zaman Han Dynasty (206BC-220AD) di antara Eropah, India, China
dan juga tanah Afro-Eurasian. Silk Road dikendalikan oleh pseudonymous “Dread
Pirate Roberts” dan juga oleh 2 rakan rapatnya yang terlibat yang menggunakan
nama Variety dan Smedley.
Dalam kajian Henry Farrel, seorang professor sains politik
di George Washington University, beliau mengatakan bahawa Ulbricht mencipta pasaran
gelap atau black market itu tanpa pemantauan daripada kerajaan tetapi berjaya menguatkan
sekuriti untuk mengesahkan transaksi anonymous. Untuk kekal
mendapatkan keuntungan dan menjana pendapatan, Ulbricht telah meningkatkan pengawasan untuk
mengurangkan kos transaksi. Untuk menjayakan sistem ini, Ulbricht perlu menambah baik
untuk memastikan kepercayaan dengan mengimplementasi sistem pembayaran escrow automatik
dan sistem penyemakan automatik.
Nama Silk Road menjadi tumpuan selepas artikel daripada
Gawker telah diterbitkan pada Jun 2011. Nama Silk Road tersebar luas sehingga SenatorAS, Charles Schumer, mendapat tahu tentangnya dan menyuruh badan berkuasa menutup
laman sesawang itu.
Kemudian pada:
Mei 2013 – Silk Road ditutup sementara kerana diserang DDoS
attack.
Jun 2013 – DEA merampas 11.02 Bitcoins, pada waktu itu
bernilai $814.
Penangkapan Dread Pirate Roberts a.k.a Frosty a.k.a Ross Ulbricht
Gary Alford, seorang penyiasat kewangan IRS muda meluangkan
masa hari minggu beliau mencari Ulbricht dengan hanya menggunakan Google Search.
Kerja beliau hanyalah untuk merekod dan menganalisis data transaksi yang keluar
masuk dari laman sesawang Silk Road itu, tetapi beliau telah menggunakan masa terluang mengkaji dan
menyiasat menggunakan kaedahnya sendiri. Gary menyedari bahawa Silk Road dikawal oleh
satu entiti yang bernama Dread Pirate Roberts dan terus menyiasat secara
mendalam serta mengikuti perkembangan semasa Ross. Suatu hari, Oktober 2011, Dread
Pirate Roberts telah menyenaraikan akaun gmail peribadi miliknya iaitu rossulbricht[at]gmail.com.
Pada pagi Isnin, Gary pergi ke pejabat untuk mengumumkan
penemuan beliau tetapi bagi ahli kumpulan yang lain, mereka tidak mengambil
serius pandangan Gary kerana kes ini telah berjalan selama 2 tahun dan diklasfikasikan sebagai kes berprofil tinggi tetapi Gary dapat ‘crack the code’ dengan hanya
menggunakan Google pada hari minggu. Siapa yang percaya? Nobody. Jadi tanpa berputus asa Gary meneruskan
penyiasatannya. Gary meneruskan dengan mengesan rekod awam Ulbricht. Gary
mendapati bahawa Roos Ulbricht berumur lewat 20-an dan juga pemegang Master
Degree. Kemudian Gary menjumpai IP address Ulbricht melalui Google dan dapat
menjejakinya berada di San Francisco, California. Kemudian Gary menjumpai video
Ulbricht yang berdurasi 35 minit dengan mukanya yang jelas terpampang di skrin.
Gary mencari forum teknologi yang mempunyai pereka website dan
menjumpai soalan yang ditanya serupa gayanya seperti Dread Pirate Roberts
tetapi menggunakan alias yang lain, Frosty. Sementara itu, FBI telah dapat
mengesan IP address Silk Road dan kemudiannya mengesan alamat admin Silk Road itu.
Tak lain tak bukan, San Francisco. Jadi kedua-dua data yang berharga ini
digunakan sebaiknya oleh Gary kerana suspek Ross Ulbricht adalah Dread Pirate
Roberts amatlah meyakinkan. Gary menelefon pendakwa raya untuk memeriksa IP
address itu. Setelah berbincang, pendakwa raya bergegas membawa Gary, FBI dan
Homeland untuk mengadakan conference call. Di situ, Gary menegaskan berkali-kali
tentang San Francisco. Kemudian dia memberitahu bahawa dia menjumpai seorang
lagi alias iaitu Frosty. Terus mereka memberitahu Gary bahawa Frosty adalah
username yang mengawal website itu. Waran tangkap dikeluarkan untuk menangkap
Ross Ulbricht.
Pada 2 Oktober 2013, Ross Ulbricht telah keluar dari rumah
dan meneruskan perjalannya ke perpustakaan awam, Glen Park Library. Tanpa dia
sedar, pihak FBI telah mengekori dia daripada rumah lagi. Tetapi penangkapan Ulbricht
perlu dilakukan dengan sangat teliti kerana adalah sangat penting bagi mereka
ntuk menangkap Ulbricht ketika dia sedang melayari Silk Road sebagai Dread
Pirate Roberts. Ketika di dalam perpustakaan, dua ejen yang sedang menyamar
berlakon seperti pasangan yang sedang bertengkar di belakang Ulbricht dengan
kuat untuk menarik perhatian Ulbricht. Sejurus sahaja Ulbrihct memandang ke
belakang, seorang ejen yang lain merampas laptop Ulbircht dan beberapa yang
lain menangkap Ulbricht. Penangkapan itu berjaya dan Gary sangat gembira akan
hal itu.
Ross Ulbricht telah dituduh dan didakwa pengubahan wang haram, hacking
komputer, membuat konspirasi untuk trafik narkotik dan juga percubaan untuk membunuh 6
orang. Kata pendakwa raya, Ulbrihct telah mengupah seorang pembunuh $730,000
untuk pembunuhan walaupun kes itu tidak berlaku. Pada awalnya, FBI telah merampas
26,000 Bitcoins daripada akaun Silk Road yang berharga $3.6 juta pada masa itu. Jurucakap
FBI berkata bahawa bitcoin yang dirampas akan disimpan oleh FBI dan hanya akan
di'cair'kan selepas perbicaraan Ulbricht. Menurut laporan FBI pada Oktober 2013,
FBI telah merampas keseluruhan 144,000 Bitcoins berharga $28.5 juta, dan
kesemua itu milik Ulbricht. Marshal U.S telah menjual 29,657 Bitcoins pada 27
Jun 2014 dalam lelongan online, berharga $18 juta. Baki Bitcoin yang lain masih
tersimpan di dalam komputer Ulbricht. Tim Draper telah membeli Bitcoin yang
dilelong dengan harga $17 juta.
Perbicaraan Ulbricht bermula pada 13 Januari 2015 di
Mahkamah Persekutuan di Manhattan. Pada mulanya Ulbrihct mengaku telah mencipta
laman Silk Road tetapi telah memindahkan kesemua hak kawalannya kepada orang
lain. Peguam Ulbricht memberitahu bahawa Dread Pirate Roberts adalah Mark Karpelès
dan dialah yang membuatkan Ulbricht sebagai kambing hitam. Walau bagaimanapun,
Hakim Katherine B. Forrest telah menolak sebarang kenyataan spekulasi di mana
sesiapa sahaja termasuk Mark Karpelès mengawal Silk Road adalah sesuatu yang dilarang.
Minggu kedua perbicaraan telah dijalankan dan terbukti
penafian bahawa bukan Ulbricht yang mengawal Silk Road kerana segala dokumen
dan chat log datang daripada komputer Ulbricht sendiri. Kesemua bukti itu menunjukkan
bahawa Ulbricht seorang sahaja yang mengawalnya berbulan-bulan lamanya dan ini sangat
bercanggah dengan penafian Ulbricht.
4 Febuari 2015, juri menjatuhkan hukuman ke atas Ulbricht
dengan 7 dakwaan. Antaranya ialah meneruskan perusahaan jenayah, trafik
narkotik, pengubahan wang haram dan hacking komputer. Ulbricht berdepan dengan
hukuman penjara 30 tahun hingga seumur hidup.
Produk Silk Road
Pada tahun 2013, menurut Gawker, terdapat seramai 10,000
vendor dan juga 70% daripada produk yang dijual adalah dadah narkotik. Penghujung
2014 pula terdapat sebanyak 13,756 senarai untuk dadah, stimulant, psychedelics,
dan juga opiod, ekstasi dan steroid.
Servis pemalsuan dokumen seperti lesen palsu juga ditawarkan. Pada awal usia Silk Road, beberapa panduan telah digariskan terutamanya penjualan barangan yang membawa merbahaya dan penipuan adalah dilarang. Ini semua termasuk pornografi kanak-kanak, kredit kad curi, pembunuhan, dan senjata pelbagai rupa.
Selain Silk Road, terdapat pasaran gelap yang lain dengan menggunakan nama Black Market Reloaded di mana ia mendapat perhatian pengguna kerana peraturan yang longgar dan tidak seleceh Silk Road untuk bahan-bahan terlarang. Selain dadah dan bahan-bahan terlarang, barangan yang sah di sisi undang-undang juga terdapat di dalam Silk Road seperti rokok, lukisan seni, barang kemas, dan juga buku. Laman The Armory khusus untuk menjual senjata terutamanya senjata api tetapi telah ditutup selepas kekurangan permintaan.
Servis pemalsuan dokumen seperti lesen palsu juga ditawarkan. Pada awal usia Silk Road, beberapa panduan telah digariskan terutamanya penjualan barangan yang membawa merbahaya dan penipuan adalah dilarang. Ini semua termasuk pornografi kanak-kanak, kredit kad curi, pembunuhan, dan senjata pelbagai rupa.
Selain Silk Road, terdapat pasaran gelap yang lain dengan menggunakan nama Black Market Reloaded di mana ia mendapat perhatian pengguna kerana peraturan yang longgar dan tidak seleceh Silk Road untuk bahan-bahan terlarang. Selain dadah dan bahan-bahan terlarang, barangan yang sah di sisi undang-undang juga terdapat di dalam Silk Road seperti rokok, lukisan seni, barang kemas, dan juga buku. Laman The Armory khusus untuk menjual senjata terutamanya senjata api tetapi telah ditutup selepas kekurangan permintaan.
Senarai produk Silk Road |
Dokumen palsu yang ditempah dan dibeli Ulbricht |
Hasil Jualan Silk Road
Berdasarkan data pada 3 Febuari 2012 hingga 24 Julai 2012,
sebanyak $15 juta nilai transaksi telah dilakukan. Setahun kemudian dalam satu
wawancara bersama Nicolas Christin, dia berkata kenaikan dalam jumlah jualan
daripada $30 juta hingga $45 juta tidak memeranjatkan beliau. Kesemua transaksi
berlaku dalam cryptocurrency Bitcoin (BTC).
Silk Road memegang Bitcoin pembeli dalam akaun escrow sehingga barang yang ditempah sampai dan sistem hedging membolehkan penjual untuk memilih nilai Bitcoin untuk dikunci nilainya dalam bentuk USD ketika penjualan sedang berjalan untuk berlindung dari harga Bitcoin yang tidak stabil. Apa sahaja perubahan harga ketika transit akan ditanggung oleh Dread Pirate Roberts.
Silk Road memegang Bitcoin pembeli dalam akaun escrow sehingga barang yang ditempah sampai dan sistem hedging membolehkan penjual untuk memilih nilai Bitcoin untuk dikunci nilainya dalam bentuk USD ketika penjualan sedang berjalan untuk berlindung dari harga Bitcoin yang tidak stabil. Apa sahaja perubahan harga ketika transit akan ditanggung oleh Dread Pirate Roberts.
- Dari 6 Februari 2011 hingga Julai 2013 sebanyak 1,229,465 transaksi telah berjaya dilakukan.
- Pendapatan Silk Road bersamaan dengan 9,519,664 BTC ($1.2 billion).
- Komisen Silk Road adalah sebanyak 614,305 BTC ($79.8 juta).
- Sebanyak 146,946 pembeli dan 3,877 penjual terlibat.
- 30% datang dari AS, 27% tidak diisytiharkan dan selebihnya mengikut susunan menurun; UK, Australia, Jerman, Kanada, Sweden, Perancis, Rusia, Itali dan Belanda.
- Sebanyak 1,217,218 mesej telah dihantar menerusi Silk Road.