Total market cap untuk semua cryptocurrencies sekarang bernilai $384 bilion, lebih rendah dari rekod awal tahun ini, $813 bilion dan $400 bilion pada bulan Mac. 2 minggu lalu nampaknya bagus buat pasaran cryptocurrency disebabkan keseluruhan pasaran naik sebanyak 20%. Ethereum (ETH), Ripple (XRP), dan Bitcoin Cash (BCH) semua mengalami kenaikan.
Terdapat tarikan baru pada minggu ini selepas "U.S. tax season" berakhir. Minggu lalu, beberapa cryptocurrency mengalami sedikit kejatuhan disebabkan ramai yang melepaskan pegangan mereka bagi mengelak dari dikenakan cukai sempena Tax Day di Amerika Syarikat pada 19 April. Selepas 19 April, cryptocurrency kini mula mengalami kenaikan.
Terdapat banyak perjanjian pasaran, pengambilalihan, penggabungan dan pembangunan yang berlaku akhir-akhir ini yang akan mendorong perkembangan cryptocurrency pada masa depan. Peristiwa yang berlangsung ini sedikit sebanyak berjaya mengekalkan nilai masa depan cryptocurrency saat pasaran mengalami kejatuhan (bear market).
Banyak syarikat sudah mula menyertai ruang lingkup cryptocurrency, sama ada melalui dana, aplikasi, penggabungan, penyusunan semula, tambahan perkhidmatan atau hedge funds dan pension funds. Pendek kata, lebih banyak wang baru yang masuk dan boleh bertindak sebagai asas untuk pertumbuhan masa depan.
Perubahan Tradisi Pasaran Cryptocurrency
Secara tradisionalnya, harga Bitcoin akan mengalami kenaikan terlebih dahulu sebelum cryptocurrency lain menerima rangsangan kerana mereka yang baru menyertai pasaran cryptocurrency perlu menukar wang fiat ke Bitcoin. Seterusnya baru mereka dapat berurus niaga dengan cryptocurrency yang lain. Walau bagaimanapun, tradisi itu nampaknya telah berubah apabila sesetengah cryptocurrency telah mengatasi Bitcoin menerusi peningkatan harga mereka.
Bitcoin Cash menjadi cryptocurrency yang memperolehi keuntungan terbesar pada minggu lalu, 59% kenaikan harga. Stellar, merupakan yang kedua terbesar dengan kenaikan sebanyak 49.57%. Di kedudukan ketiga, Cardano, meningkat sebanyak 46%. Diikuti Iota dan Ripple sebanyak 39%. Semua top 10 cryptocurrency mengikut CMC meraih keuntungan lebih dari 10%, dengan Bitcoin sebanyak 10%, Ethereum 22%, dan Litecoin 17%. Bitcoin kelihatan bersusah payah untuk kekal di atas harga $8,000 beberapa minggu lalu.
Jacob Pouncey dari SaxoStrats minggu ini berkata cryptocurrency kini boleh mengalami trend kenaikan. Menurut Jacob, ketidaktentuan politik global, had akses kredit, dan harga komoditi yang tidak menentu memberi laluan buat aliran modal masuk ke dalam pasaran cryptocurrency.
Berdasarkan sejarah sebelum ini, banyak cryptocurrency mengalami kenaikan harga ketika berlaku krisis politik global seperti Brexit, pilihan raya Amerika Syarikat, dan ujian peluru berpandu Korea Utara. Aliran modal ke pasaran cryptocurrency didorong oleh peningkatan peraturan yang dapat melindungi pelabur. Dan Morehead, CEO Pantera Capital, berkata bahawa sekarang sudah tiba masanya untuk membeli Bitcoin.
Ethereum (ETH)
Ethereum, cryptocurrency kedua terbesar, meningkat sebanyak 22% minggu ini dan kini didagangkan pada paras $600. Perkembangan Ethereum hari ini memberi isyarat bahawa ia boleh pergi lebih tinggi. Beberapa hari yang lalu, CEO London Block Exchange (LBX), Benjamin Davis berkata bahawa institutional investor tidak melepaskan peluang pelaburan cryptocurrency seperti yang dijangkakan, dan Bursa LBX telah menyaksikan kenaikan yang ketara nilai Ether. Davis turut mengatakan, dalam beberapa bulan terakhir terdapat usaha yang besar untuk membawa masuk lebih ramai big player ke dalam pasaran cryptocurrency.
Ripple (XRP)
Ripple masih menduduki tangga ke-3 dalam permodalan pasaran, mengalami kenaikan sebanyak 40% dalam tempoh 5 hari yang lalu. Walau bagaimanapun, keuntungan mingguan kini sebanyak 38%. Perlu diingat bahawa Ripple sangat aktif dalam pasaran sejak Januari 2018 walaupun keseluruhan pasaran mengalami penurunan.
Pihak Ripple telah melakukan perjanjian dengan beberapa buah syarikat dan bank dalam beberapa bulan terakhir, menjadikannya sangat kukuh dari segi fundamental untuk perkembangan masa depan. Ripple kini bekerjasama dengan lebih 60 institusi perbankan dan kewangan di Jepun dan Korea Selatan.