Fakta Cryptocurrency 2018 - Market Demon

Thursday, April 5, 2018

Fakta Cryptocurrency 2018



Kewujudan cryptocurrency dan teknologi sememangnya perkara yang mengagumkan yang kita dapat lihat era ini. Ia merubah cara kita melabur, membayar dan membeli, memindahkan wang dengan cara peer to peer (P2P).

Ada beratus-ratus atau mungkin beribu fakta, berita, insiden, yang terjadi kepada cryptocurrency  sepanjang kewujudannya. Tetapi di sini kita akan melihat beberapa fakta penting sebagai ringkasan pengetahuan berkenaan cryptocurrency.

Harga cryptocurrency ini sangat tidak menentu  (volatile)


Perkara pertama anda perlu sedar adalah matawang digital ataupun cryptocurrency ini boleh berubah dari hari ke hari, malah minit ke minit. Antara faktor perubahan ini adalah bagaimana matawang ini didagangkan di berlainan exchange  (platform jual beli cryptocurrency) dan lokasi ia didagangkan.

Lihat sahaja kadar kenaikan dan penurunan cryptocurrency paling popular (Bitcoin) ketika ini. Ia sangat tidak sesuai bagi pelabur konservatif (pelabur risiko rendah)

Cryptocurrency tidak disokong atau dikawal

Tidak seperti ringgit di dalam dompet atau akaun bank anda ataupun mana-mana matawang yang didagangkan di seluruh dunia, cryptocurrency ini tidak dikawal selia oleh sesiapa, bank pusat ataupun kerajaan.

Oleh kerana itu, matawang ini kurangnya faktor asas (fundamental factor) yang mempengaruhi nilainya. Sebagai contoh instrumen pelaburan lain, anda boleh menilai saham melalui keuntungan jualan/perkhidmatan syarikat. Manakala bagi foreign exchange (forex) matawang seperti Dollar dan lain-lain, anda boleh memantau beberapa faktor seperti pertumbuhan GDP ekonomi sesuatu negara untuk menilai matawang tersebut. Tetapi cryptocurrency tiada hubungan fizikal. Ini membuatkan proses menilainya adalah sukar mungkin hampir mustahil.

Lebih 1300 cryptocurrency di pasaran

Jika anda mengikuti perkembangan cryptocurrency ini, anda pasti pernah mendengar atau terbaca berkenaan Bitcoin. Bitcoin adalah matawang pertama yang didagangkan di pasaran dan membawa banyak nilai dengan kewujudannya. Buat masa ini Bitcoin adalah 54% daripada $500 billion market capitalization semua cryptocurrency.

Walaubagaimanapun, Bitcoin hanyalah salah satu dari matawang maya, terdapat lebih 1,300 cryptocurrencies yang boleh anda beli dan jual di pasaran. 24 dari 1,300 coin ini mempunyai market capitalization melebihi 1 billion dollar.

Blockchain salah satu kekuatan cryptocurrency


Disebalik kegilaan berdagang dengan cryptocurrency ini, faktor utama kehebatan sesuatu coin adalah berdasarkan kecanggihan blockchain. Asas kepada rangkaian ini adalah lejar digital dan tidak berpusat dengan komputer lain. Konsep blockchain yang merupakan digital lejar yang telus, terbuka boleh diakses oleh sesiapa tetapi tidak boleh diedit ditukar, selamat dan kekal selama-lamanya membuatkan ia begitu menarik minat seluruh dunia. Ini juga penyebab utama mengapa syarikat dan pemaju begitu teruja dengan teknologi blockchain.

Pelombong (Miner) memainkan peranan penting



Setiap transaksi di dalam blockchain perlu disahkan bagi memastikan rangkaian beroperasi. Jumlah transaksi yang banyak membuatkan blockchain semakin membesar dan rangkaian ini semakin mengembang, Justeru itu, peranan membesarkan blok blockchain dan memastikan setiap transaksi diselesaikan diuruskan oleh pasukan yang dikenali sebagai “crypto miners”.

Cryptocurrency mining melibatkan penggunaan komputer berkuasa tinggi untuk menyelesaikan “complex equation” di dalam persekitaran yang kompetitif.

Pelombong akan diberi ganjaran dalam bentuk coin/token. Ganjaran lain termasuk yuran transaksi yang berkaitan dengan setiap blok.

Mengesahkan dan melombong (mining) pada blockchain memerlukan penggunaan tenaga elektrik yang sangat tinggi. Bagi memenuhi permintaan pasaran, pengilang seperti NVIDIA melancarkan produk Advance Micro Device (AMD) yang membantu proses para pelombong dengan lebih cepat.

Tidak berpusat (decentralized) adalah jantung kepada cryptocurrency


Perkara terbaik mengenai cryptocurrency ini adalah ianya decentralized.

Daripada bergantung kepada satu server atau sekumpulan server, rangkaian decentralized komputer dan kemudahan penyimpanan meliputi seluruh dunia. Setiap unit mengandungi bit maklumat mengenai rangkaian blockchain

Walaupun begitu terbuka, ini tidak cukup untuk membahayakan jika informasi jatuh ke tangan yang salah. Ini menunjukkan ia selamat dan banyak syarikat menunjukkan minat terhadap pelaksanaannya.

Blockchain juga mempunyai kelebihan lain

Pelombong bekerja 24 jam sehari untuk mengesahkan transaksi. Ini bermakna mereka boleh menyelesaikan transaksi lebih cepat dari sistem bank tradisional yang hanya boleh berurusan waktu pejabat dan tidak beroperasi pada hujung minggu. Sistem tradisional seperti bank juga mempunyai kuasa untuk menyimpan wang pengguna beberapa hari sebelum dipindahkan ke pihak lain.

Selain dari itu, kos yuran dan cas transaksi juga dapat dikurangkan

 Blockchain tidak sempurna

Walaupun keyakinan mengelilingi blockchain, platform ini masih mempunyai batas, contohnya banyak teknologi masih lagi di dalam kajian mengaplikasikan blockchain. Ini yang menyebabkan kelambatan masa (lag in times) dan gangguan yang tidak dijangka. Masalah ini boleh menyebabkan kelajuan transaksi dan pengesahan terjejas.

Terdapat beberapa perkara yang masih dititikberatkan di dalam melaksanakan teknologi ini. Walaupun rangkaian ini boleh berjaya menghasilkan transaksi yang lebih laju dan selamat, operasinya tidak terjamin.

Teknologi blockchain sedang diuji oleh beberapa syarikat ternama

Rangkaian blockchain masih mempunyai masa sebelum ia digunakan sepenuhnya dalam perkhidmatan yang kita gunakan pada hari ini. Beberapa perniagaan besar sedang dalam proses menguji penggunaan blockchain untuk menyelaras operasi mereka.

Antara contoh adalah, 200 organisasi mendaftar ke Ethereum Alliance untuk mencuba Ethereum Blockchain. Beberapa syarikat ternama juga telah menyertai inisiatif ini seperti Microsoft dan Mastercard. beberapa coin cryptocurrency seperti Ripple & IOTA melancarkan projek blockchain sendiri pada masa yang sama.

Tidak semua orang mempercayai cryptocurrency



Warren Buffett menyatakan pada 2014, temuramah bersama CNBC bahawa Bitcoin tidak lebih daripada fatamorgana dan “bubble” yang akan runtuh dalam nilainya. Buffett menyatakan bahawa idea Bitcoin mempunyai nilai intrinsik adalah jenaka. 

Bukan sahaja Buffett, Jamie Dimon CEO JP Morgan Chase menyatakan Bitcoin adalah “Fraud” dan lebih teruk dari “tulip bulbs”. Dia menyatakan pelaburan Bitcoin tidak akan berakhir dengan baik bagi pelabur runcit dan institusi pelaburan

Bilangan negara yang melarang cryptocurrency

Decentralized dan tidak terkawal menyebabkan kerajaan di seluruh dunia berwaspada dengan cryptocurrency. Ini telah mendorong beberapa negara untuk mengharamkan perdagangan dan penggunaan cryptocurrency bagi keselamatan awam.

Separuh dozen dunia termasuk Bolivia, Bangladesh, Nepal, Morocco, Equador dan Kyrgystan mengharamkan cryptocurrency

Kebanyakkan orang masih tidak peduli dengan cryptocurrency

Kebanyakkan orang masih tidak memahami cryptocurrency. Bagaimana ia berfungsi, apa potensinya, bagaimana untuk memlikinya dan lain-lain. Kaji selidik yang dijalankan oleh LendEDU mendapati 80% pelajar Amerika Syarikat tidak mengetahui berkenaan Bitcoin. Kajian lain mendapati, hanya 30% menyedari tentang Ethereum. Lebih memeranjatkan LendEDU mendapati beberapa responden berpendapat memiliki Bitcoin adalah perkara yang dilarang di Amerika Syarikat.


Walau bagaimanapun situasi ini amat berbeza di Asia khususnya Korea Selatan. Kajian mendapati 2 million rakyatnya memiliki cryptocurrency yang popular seperti Ripple, Bitcoin Cash dan Ethereum. 23% daripadanya adalah anak muda berusia 20an.

Kerajaan mahu mencukai cryptocurrency

Hanya kerana cryptocurrency belum dikawal selia, tidak bermakna setiap keuntungan diperolehi dari pelaburan itu boleh masuk terus ke poket anda.

September 2012, Internal Reserve Service (IRS) memenangi tuntutan mahkamah melawan CoinBase, salah satu cryptocurrency exchange di dunia. Ini menyebabkan CoinBase terpaksa menyerahkan maklumat pengguna untuk lebih 14,300 pengguna yang mempunyai pelaburan melebihi $20,000 dari tahun 2013 hingga 2015.

Sementara itu di Malaysia ;-