Facebook kini cuba menangani beberapa masalah utama yang menggunakan Aplikasi Third Party untuk mencuri data peribadi pengguna Facebook. Mark Zuckerberg berkata kepada Wall Street Journal, syarikatnya telah melancarkan siasatan kepada pemaju pihak ketiga yang melakukan "perkara buruk" kepada data peribadi pengguna Facebook.
Dia juga berkata bahawa pihak Facebook akan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan data peribadi pengguna. Zuckerberg mengakui bahawa siasatan ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau lebih untuk diselesaikan.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa jalan bagi pengguna yang enggan menunggu solusi dari pihak Facebook.
Sebagai permulaan, berhenti menggunakan pilihan "log masuk dengan Facebook" selepas memuat turun aplikasi Facebook. Ia mungkin mengambil masa yang lama untuk membuat akaun baru, tetapi aplikasinya tidak akan dapat mengakses secara segera maklumat peribadi Facebook anda.
Untuk aplikasi Facebook yang anda gunakan sekarang, terdapat proses yang mudah untuk mengurus data peribadi anda daripada diakses oleh Facebook atau anda juga boleh membuang terus aplikasi tersebut sepenuhnya.
Langkah pertama
Langkah kedua
Langkah ketiga
Langkah keempat
Langkah kelima
Langkah keenam
Langkah ketujuh
Langkah kelapan
Langkah kesembilan dan terakhir...