Malaysia Mengkhianati Hak Asasi Manusia Dengan Membenarkan Kaedah Conversion Therapy Terhadap Golongan LGBT - Market Demon

Monday, April 2, 2018

Malaysia Mengkhianati Hak Asasi Manusia Dengan Membenarkan Kaedah Conversion Therapy Terhadap Golongan LGBT


Isu tentang LGBT ini bukanlah satu isu yang baru dalam kalangan masyarakat dunia mahupun Malaysia. Dari hari ke hari masyarakat dunia semakin menerima LGBT sebagai norma kehidupan seperti negara Australia. Di Malaysia pula, isu ini digemparkan lagi pada tahun 2014 iaitu perjumpaan kali kedua UPR (proses semakan berkala di Geneva bagi isu Hak Asasi Manusia) selepas 2009 yang bertujuan untuk menuntut hak asasi manusia bagi golongan LGBT atau penerimaan SOGI (Sexual Orientation and Gender Identity) dalam negara. Selepas persidangan diadakan dan pihak Malaysia jelas menerangkan penolakkan LGBT dalam negara, pihak COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) memprotes tindakan Malaysia yang menolak segala unsur LGBT dalam Malaysia. Namun kini, COMANGO yang disertai 54 badan NGO diharamkan kerana kebanyakkan ahlinya tidak berdaftar, Jadi, memang benar isu ini bukanlah isu yang baharu namun masih berlarutan sehingga menjadi bualan mulut masyarakat sehingga wujud dua kelompok yang iaitu #CampurLGBT dan #TolakLGBT. Anda bagaimana?

Human Rights

Menurut Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, hak asasi manusia adalah hak yang wujud kepada semua manusia, tanpa mengira bangsa, jantina, kewarganegaraan, etnik, bahasa, agama, atau status lain. Hak asasi manusia termasuk hak untuk hidup dan kebebasan, kebebasan dari perhambaan dan penyiksaan, kebebasan berpendapat dan ekspresi, hak untuk bekerja dan pendidikan, dan banyak lagi. Setiap orang berhak kepada hak-hak ini, tanpa diskriminasi. Hak asasi manusia ini disebut sebanyak 7 kali dalam United Nations Charter 1948. 

Menurut International Human Rights Law menetapkan kewajiban kepada pemerintah untuk mengambil langkah tertentu atau menahan diri dari tindakan tertentu, untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasi individu atau berkelompok. Salah satu pencapaian yang besar di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah penciptaan undang-undang hak asasi manusia yang komprehensif iaitu kod universal yang melindungi hak asasi manusia di mana semua negara boleh menggunakannya untuk rakyat. Namun, negara tidak terikat dengan undang-undang antarabangsa dimana negara boleh mengaplikasikannya ataupun tidak. Oleh itu, wujudnya persetujan rasmi antara negara dan organasasi antarabangsa. Jika tiada persetujan antara mereka maka tidaklah menjadi tanggungjawab sesebuah negara untuk mematuhi undang-undang antarabangsa tersebut contohnya Malaysia merupakan negara yang tidak menandatangani beberapa undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang persekutuan seperti hak untuk berkahwin sesama jantina.

Apa itu LGBT

Istilah LGBT merupakan akronim bagi lesbian, gay, biseksual dan transgender. Jadi sebelum main tolak-tolak mahupun campur-campur marilah berkenalan dengan setiap satu istilah agar kita tidak digelar tin kosong yang tidak berisi malah jatuh berbunyi, ringan diangkat.

LGBT merupakan akronim bagi lesbian, gay, biseksual dan transgender. Walaupun gelaran ini digabungkan menjadi satu akronim, namun setiap istilah itu membawa maksud berlainan. Pertama, lesbian iaitu gelaran kepada wanita yang tertarik kepada wanita lain yang secara langsung melibatkan romantis, perasaan dan kemahuan dari segi seksual. Golongan lesbian lebih gemar digelar lesbian berbanding gay. (lebih kewanitaan mungkin). Begitu juga dengan istilah gay yang berkongsi maksud dengan lesbian. Namun, istilah gay lebih gemar diguna-pakai dalam kalangan lelaki bagi menunjukkan identiti mereka berbanding gelaran homoseksual. Hal ini dikatakan istilah homoseksual mempunyai sisi negatif dari segi sejarahnya. Seterusnya, biseksual di mana golongan ini tertarik dengan kedua lelaki dan perempuan secara seksual dan/atau secara emosi.

Akhir sekali, transgender atau nama lain ialah transeksual, atau transvestite dimana terma yang digunakan bagi menunjukkan identiti jantina (naluri menjadi lelaki/perempuan) mereka yang berlawanan dari segi zahirnya. Mereka selalunya akan mencari pelbagai alternatif termasuklah alternatif dari segi perubatan di mana pengambilan ubat hormon atau pembedahan bagi memenuhi keinginan untuk menjadi wanita atau lelaki. Proses perubahan ini dikenali sebagai gender reassignment. Proses perubahan termasuklah dari segi berpakaian, bercakap, bergaul serta perubahan nama asal. Wanita yang secara zahirnya ingin dikenali sebagai lelaki dan hidup sebagai lelaki digelar female-to-male (FTM) transsexual atau trans men. Sebaliknya, lelaki yang berkeinginan untuk hidup sebagai wanita digelar male-to-female (MTF) transsexual atau trans women.

Orientasi seksual?

Orientasi seksual merujuk kepada corak tarikan emosi, romantis, dan/atau seksual terhadap pasangan berlainan seks (heteroseksual) atau sama. Orientasi seksual juga merujuk kepada identiti seseorang berdasarkan tarikan, tingkah laku yang berkaitan, dan keahlian dalam komuniti orang lain yang berkongsi tarikan yang sama. Tiga orientasi seksual yang dikenali seluruh dunia merupakan heteroseksual, homoseksual (gay dan lesbian) dan biseksual.

Conversion therapy

Conversion therapy atau dikenali sebagai reparative therapy merupakan satu keadah saintifik dalam percubaan untuk mengubah orientasi seksual individu. Terapi ini dijalankan ke atas golongan LGBT untuk membantu mereka kembali ke normal (hetroseksual). Kaedah ini menggunakan gabungan ilmu psikologi serta kaunseling dalam usaha untuk mengubah orientasi seksual golongan LGBT kepada hetroseksual. Namun, kebanyakkan ahli sains mengatakan kaedah ini tidak efektif malah membahayakan kerana hasil daripada conversion therapy tidak menambahkan nafsu hetrosekuals seseorang itu namun hanya mengurangkan tahap nafsu homosekual. Walaupun ada testimoni daripada individu yang suatu masa dahulu seorang gay telah mengatakan conversion therapy ini efektif dan dia sudah berjaya jadi hetroseksual namun sesetengah negara yang mengharamkan keadah ini seperti United States dan Britain teguh mengatakan kaedah ini membahayakan serta meragut hak asasi manusia lalu memutuskan untuk melarang penggunaan Conversion Therapy dalam negara.


Bagaimana Conversion Therapy dikategorikan bahaya? Conversion therapy ini merupakan kaedah menggunakan kejutan elektrik dan stimulus. Contohnya, apabila gambar pasangan gay di'flash' dan pada masa yang sama individu itu akan dikenakan kejutan elektrik. Seterusnya, gambar individu hetroseksual pula di'flash' namun tiada kejutan elektrik yang akan dikenakan. Proses ini diulang berkali-kali sehingga individu tersebut diprogramkan untuk tidak terangsang dengan elemen-elemen homosekual. Berjaya atau tidak?

Untuk pengetahuan umum, dalam satu kajian psikologi, conversion therapy hanya berjaya dalam purata 58%. Namun cara ini tidak menjadikan mereka hetrosekuals malah mereka masih mempunyai kecenderungan untuk menjadi homosekual semula. Ahli psikologi berpendapat menjadi homoseksual ataupun hetroseksual merupakan naluri manusia dan naluri ini tidak dapat diubah. Oleh itu, kebanyakkan psikologi seluruh dunia masih tidak menganggap mana-mana kaedah untuk mengubah orientasi seksual itu kaedah yang efektif.

Jadi, itu merupakan sedikit sebanyak info conversion therapy sebagai usaha untuk merawat komuniti LGBT. Penggunaan kata merawat digunapakai kerana LGBT merupakan amalan yang dilarang sebagaimana melanggar hukum alam serta fitrah dan diklasifikan dalam DSM (Diagnostic and Statistics Manual for Mental Disorder) selain dianggap kesalahan jenayah dalam kod undang-undang jenayah. Suatu masa dahulu, LGBT dianggap salah satu masalah mental namun pada tahun 1973, American Psychiatric Association (APA) telah mengugurkan LGBT daripada senarai penyakit mental.

Tidak dilupakan salah satu sebabnya  conversion therapy ini digelar mengkhianati hak asasi manusia kerana kaedah ini mempunyai kesan sampingan terhadap anggota badan serta psikologi manusia. Tambahan pula, kaedah ini tidak disertakan garis panduan yang ditetapkan oleh organisasi antarabangsa. 

Adakah ini merupakan salah satu penderaan fizikal dan mental terhadap komuniti LGBT? Adakah ini merupakan diskriminasi terhadap golongan LGBT? Adakah ini merupakan usaha kerajaan dalam menjaga fitrah alam yang ditetapkan Tuhan? Adakah kita memahami konsep hak asasi manusia?

“To be in the right direction, understand where the wrong begins because 
we’re born in the right way till we lost by ourselves”