Apa itu Atomic Swap
Inovasi teknologi mencipta keterujaan disebabkan konsepnya yang membuatkan revolusi digital berkembang maju. Atomic Swap, yang juga dipanggil crosschain blockchain trading ialah satu cara baru dagangan cryptocurrency. Atomic Swap ialah satu konsep menukar satu cryptocurrency kepada satu lagi cryptocurrency tanpa melalui pada pihak ketiga.
Anda boleh melakukan pertukaran dua coin tanpa melalui pihak ketiga. Sebagai contoh, jika Abu mempunyai 1 Bitcoin dan dia mahukan 59 Litecoin, Dia biasanya perlu menggunakan platform centralized exchange dan membayar caj transaksi yang dikenakan. Tetapi dengan menggunakan atomic swap, anda tidak perlukan lagi centralized exchanges.
Cara menggunakan Atomic Swap
Ali mempunyai litecoin tetapi dia lebih menyukai bitcoin sebaliknya. Sebaliknya, Abu mempunyai bitcoin tetapi dia lebih menyukai litecoin. Dalam kes ini, mereka boleh bersetuju kepada satu pertukaran antara coin yang hendak ditukarkan.
Mereka mencari harga pertukaran pasaran kemudian menetapkan satu perjanjian dan menjalankan pertukaran tersebut. Biasanya, ini berlaku di centralized exchanges tetapi dengan atomic swap pertukaran berlaku melalui transaksi atomic cross chain antara mereka berdua tanpa menggunakan platform exchange. Ini bermaksud mereka tidak perlu menjual atau membeli coin tersebut, mereka hanya perlu menukarkannya antara satu sama lain.
Dengan pelaksanaan atomic swap, Abu mempunyai 1 BTC dan Ali mempunyai 59 LTC, mereka boleh terus menukar coin sesama mereka tanpa melalui platform centralized exchange. Jadi, tiada yuran dikenakan ke atas mereka.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keperluan asas untuk cryptocurrency dilaksanakan sebelum ia boleh dengan jayanya menyokong atomic swap. Salah satu keperluan ialah pelaksanaan Lightning Network.
Objektif Atomic Swap
- Sebagai satu alternatif selain centralized exchanges. Majoriti pemegang cryptocurrency berpendapat bahawa centralized exchanges tidak boleh dipercayai dan ingin mengelakkan dari kehilangan coin.
- Untuk mengelakkan caj transaksi yang mahal. Centralized exchanges mengenakan caj transaksi yang mahal dan tidak munasabah. Tetapi itulah model bisnes exchanges dimana exchanges mengaut kuntungan daripada caj transaksi.
- Untuk melaksanakan transaksi segera. Buat masa sekarang, kita perlukan centralized exchange untuk menukarkan satu coin ke coin yang lain. Sebagai contoh jika anda pemegang litecoin dan anda mahu menukarkannya ke bitcoin, anda perlu menghantar coin anda dari wallet ke exchanges dan kemudiannya anda perlu menjual litecoin dan seterusnya membeli bitcoin. Ini melibatkan banyak proses dan membuang masa. Dengan terlaksananya atomic swap, anda boleh menukarkan coin anda dengan mudah sekali.
Kesimpulan
Teknologi atomic swap adalah salah satu perkara positif untuk cryptocurrency berkembang. Ia menguatkan konsep menghalakan cryptocurrency melalui decentralized exchanges. Pencipta litecoin, Charlie Lee telah berjaya melaksanakan atomic swap antara litecoin & bitcoin. Selain itu, terdapat beberapa team developer telah berjaya melaksanakan atomic swap menggunakan coin masing-masing. Atomic swaps menggunakan hash time locked contract yang memberi jaminan pada dua belah pihak bahawa ia bersifat trustless dan tanpa melalui pihak ketiga.