Bagaimana Wallet Cryptocurrency Berfungsi - Market Demon

Thursday, April 19, 2018

Bagaimana Wallet Cryptocurrency Berfungsi



Dompet atau wallet cryptocurrency ini berfungsi sebagai tempat menyimpan, menghantar dan menerima Bitcoin atau cryptocurrency lain. Kebiasaannya Bitcoin atau cryptocurrency boleh dimiliki dan dibeli dari exchange seperti Luno.com, Remitano.com, bittrex.com, binance.com dan lain-lain exchange . Sekiranya anda masih terlalu baru di dalam cryptocurrency anda dinasihatkan melayari laman sesawang di atas atau menonton video tutorial di Youtube mengenai bagaimana untuk membeli dan memiliki cryptocurrency.

Anda boleh memiliki wallet cryptocurrency ini dengan memuat turun dari laman sesawang rasmi, exchange atau di Google Play/App Store untuk telefon pintar anda . Antara wallet yang anda boleh dapatkan seperti Bitcoin Core Wallet, Jaxx, Exodus, MyCelium, Coinpayments, Ledger Nano S, Trezor dan banyak lagi. Anda dinasihatkan untuk membaca FAQ setiap wallet yang ingin digunakan.

exodus

Secara asasnya setiap wallet memiliki dua data yang sangat penting


Data yang pertama adalah Public Address (alamat awam) yang mempunyai kombinasi lebih 26 angka dan huruf yang bercampur-campur seperti contoh  berikut: 1BMSEYstWetqTFn5Au4m4GFg7xJaNVJxYhhh. Ia berfungsi seakan-akan alamat emel. Anda perlu memberikan Public Adrress ini kepada penghantar supaya mereka dapat menghantar Bitcoin/cryptocurrency kepada anda. Apabila anda hendak menghantar Bitcoin, anda juga perlu menghantar kepada Public Address si penerima. Anda juga boleh menjana Public Address yang berbeza di dalam 1 wallet. 

Data yang kedua adalah Private Key anda. Private Key bertindak seperti password. Ini adalah penting bagi membuktikan anda adalah tuan punya wallet tersebut dan membolehkan anda mengeluarkan Bitcoin/cryptocurrency yang anda simpan dalam wallet itu. 

Anda perlu merahsiakan Private Key ini kerana sekiranya ia jatuh ke tangan orang lain, dia boleh membelanjakan Bitcoin/cryptocurrency anda. Anda juga perlu membuat back-up untuk Private Key ini, kerana sekiranya anda kehilangan atau terlupa Private Key ini anda tidak dapat mengakses wallet anda dan anda akan kehilangan Bitcoin anda buat selama-lamanya.

[Baca: Apa Itu Hashing & Digital Signature Dalam Teknologi Blockchain]

Terdapat lima jenis wallet yang anda perlu tahu

1. Wallet Software: Bitcoin anda disimpan di dalam hard drive komputer anda.

2. Wallet Web: Wallet yang berada di syarikat online.

3. Mobile Wallet: Wallet berada di dalam telefon pintar anda.

4. Hardware Wallet: Wallet yang berbentuk peranti seperti USB Pendrive.

5. Wallet kertas : Bitcoin yang dicetak di atas kertas

Perbezaan Hot Wallet dan Cold Storage

Hot wallet adalah wallet yang sentiasa online. Jadi ianya sentiasa mempunyai jaringan yang aktif yang membolehkan anda memindahkan atau menerima secara serta merta.


Jaxx
Cold Storage pula adalah wallet yang offline. Ianya berbentuk peranti seperti Pendrive yang menyimpan cryptocurrency anda. Sebagai contoh Trezor dan Ledger Nano S. Kelebihan Cold Storage ini adalah ianya terselamat dari serangan hackers. Bitcoin anda akan disimpan di dalam peranti yang offline. Tetapi peranti ini memerlukan kos yang agak mahal untuk memilikinya. Walau bagaimanapun , ia berbaloi jika nilai Bitcoin/cryptocurrency yang anda miliki setaraf Whale.


Trezor



Tahap Sekuriti Wallet dan Wallet Pilihan Anda 

Hot Wallet yang berada di komputer/telefon pintar anda atau di laman sesawang exchange adalah online wallet. Wallet ini adalah wallet yang sentiasa mudah dan serta-merta untuk melakukan transaksi lebih-lebih lagi sekiranya anda seorang trader. Pihak exchange biasanya menyediakan laman sesawang wallet dan memberikan pilihan untuk mengaktifkan 2FA/MFA (two authentification) seperti Google Authentificator atau Authy bagi menambah lagi sekuriti. Tetapi perlu anda tahu, selagi ianya online ia masih terdedah dengan serangan hacker.

Ini berbeza dengan Cold Storage. Seperti yang telah dimaklumkan seperti contoh di atas, peranti Trezor dan Ledger Nano S adalah tempat simpanan yang paling selamat setakat ini. Tetapi ianya akan mengambil masa yang lama bagi seorang trader yang ingin menjalankan urusan pemindahan Bitcoin/cryptocurrency serta merta. Ianya sesuai bagi seseorang yang berniat untuk HODL Bitcoin/cryptocurrency mereka untuk tempoh masa yang agak lama.

Ledger Nano S