3 Kunci Perniagaan Manfaat Daripada Blockchain - Market Demon

Friday, April 20, 2018

3 Kunci Perniagaan Manfaat Daripada Blockchain


Peningkatan populariti blockchain dan juga cryptocurrency membawa banyak peluang kepada dunia perniagaan. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai manfaat perniagaan yang lain dari blockchain dan industri di sekelilingnya. Media sosial, smart contracts, dan decentralize applications semuanya berkemungkinan menjadi model baru untuk perniagaan. 

Dalam artikel ini, kita akan mengupas atau melihat bagaimana inovasi ini akan mengubah masa depan ekonomi dan melihat beberapa syarikat yang sudah wujud dalam bidang ini.

Social Media Platforms

Walaupun ramai orang yang terlibat dengan cryptocurrency mungkin melihat pengharaman iklan di laman web seperti Facebook, Google dan Twitter sebagai satu halangan untuk pasaran cryptocurrency, tetapi ini sebenarnya boleh dilihat sebagai satu peluang pasaran jangka panjang. Sesiapa yang sudah biasa dengan ICO dan projek cryptocurrency, sudah muncul pelbagai platform media sosial yang telah mendapat manfaat daripada populariti cryptocurrency yang semakin meningkat.

Berikut adalah beberapa contoh: 

Telegram yang telah dilancarkan pada 14 Ogos 2013 sudah berjaya mengumpulkan 200+ juta pengguna yang aktif setiap bulan dan telah menjadi platform utama untuk projek cryptocurrency yang berjaya. Selain itu, Telegram sememangnya tidak hanya tertumpu pada cryptocurrency, ramai juga penggunanya menggunakan aplikasi ini sebagai satu bentuk komunikasi antara mereka dan pasukan projek cryptocurrency. 

Steemit adalah satu contoh platform yang berkisar mengenai teknologi cryptocurrency. Dengan adanya tokenizing content creators dan curator, Steemit terus menarik perhatian lebih banyak content creators dan curator untuk menggunakan platformnya. 

Ini menunjukkan terdapat berkemungkinan besar lebih banyak syarikat media sosial yang akan membina platform baru menggunakan teknologi blockchain dan cryptocurrency. Di samping itu, sebahagian daripada perniagaan baru ini dapat bersaing dengan lebih baik dan juga mengatasi populariti platform teratas hari ini.


Smart Contract

Smart contract adalah merupakan perniagaan bermanfaat yang paling meluas untuk projek blockchain dan cryptocurrency. Teknologi ini adalah game changing kepada kedua-dua pihak iaitu untuk projek pasukan yang menciptanya dan perniagaan yang menggunakannya. Pada asasnya, smart contracts perlu menghapuskan pihak ketiga dalam proses kelulusan/penolakan dokumen awam.

Sebagai contoh, traditional contract perlu melalui proses kelulusan daripada pakar undang-undang dan biasanya dihantar kembali kepada kedua-dua pihak untuk menandatangani sehingga mencapai kata sepakat. Walau bagaimanapun, smart contract menggunakan kod untuk mengesahkan kesahihan contract dengan cepat. Terdapat banyak projek crypto yang sedang berusaha untuk menggunakan smart contract sebagai satu cara untuk membuat dokumen dalam pelbagai industri (undang-undang, penjagaan kesihatan, hartanah, kewangan, perdagangan global).

Pasukan yang terbaik boleh membangunkan dan memasarkan teknologi ini untuk dijual (perkhidmatan B2B). Peningkatan nilai adalah sangat besar kerana syarikat boleh menggunakan smart contract untuk menjimatkan wang dengan mengelakkan bayaran guaman dan menghapuskan keperluan rundingan untuk contract yang berterusan. Projek seperti Propy untuk hartanah atau IBM/Maersk bagi perdagangan global adalah contoh yang baik tentang bagaimana teknologi smart contract dapat dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang tertentu di dunia realiti.


Decentralized Applications (DApps)

Kelahiran aplikasi mudah alih telah mengubah cara orang di seluruh dunia berinteraksi setiap hari. Walau bagaimanapun, terdapat satu masalah besar dengan pasaran aplikasi semasa iaitu: 

Centralization of power, pada asasnya Apple dan Google menentukan aplikasi yang mana tersedia untuk digunakan oleh dunia. Banyak aplikasi serta ditapis oleh kerajaan negara di seluruh dunia. 

Decentralized applications, walaupun tidak ada pihak yang berkuasa untuk mengawal pengguna mana yang boleh atau tidak boleh mengaksesnya. Decentralized adalah salah satu manfaat perniagaan yang sangat besar daripada teknologi blockchain untuk ekonomi yang lebih luas. 

Weifund adalah salah satu contoh dapps yang menggunakan smart contract untuk mewujudkan platform kempen crowdfunding yang mantap. Projek ini disetarafkan dengan generasi akan datang Kickstarter yang memberikan pelabur dan syarikat lebih banyak kebebasan. KYC-Chain adalah satu contoh dapps yang mengelakkan penipuan dan melengkapkan pengesahan identiti melalui penggunaan teknologi distributed ledger

Dapps mempunyai potensi untuk menggantikan dan meningkatkan lebih banyak aplikasi mudah alih yang sedia ada pada hari ini. Syarikat-syarikat yang berjaya dalam developing mereka dapat memperolehi kesan yang besar terhadap masa depan ekonomi perkongsian P2P.