10 Selebriti Yang Menyokong Cryptocurrency - Market Demon

Wednesday, April 4, 2018

10 Selebriti Yang Menyokong Cryptocurrency

Sejak nilai Bitcoin mencecah hampir USD20,000 pada Disember 2017, ia membuka mata orang ramai untuk melabur. Bill Gates, Mark Zuckerberg antara ikon terkenal yang menunjukkan minat terhadap Bitcoin dan matawang digital yang lain.

Selebriti terkenal dunia juga menunjukkan minat yang sama dalam industri matawang digital. Melalui perkongsian informasi di laman sosial mereka (Facebook, Instagram, Snapchat dan Twitter) yang mempunyai ramai pengikut sedikit sebanyak dapat menarik orang ramai untuk terlibat sama.  Di sini kami kongsikan kepada anda antara selebriti yang sangat berminat dalam teknologi blockchain.

1- Lionel Messi
Siapa tidak kenal pemain lincah Argentina ini. Memenangi 5 anugerah FIFA Ballon D'Or (sejak 2009) dan merupakan penyerang berbisa Barcelona FC.
Beliau dilantik menjadi duta kepada Sirin Labs, developer untuk telefon pintar dan all-in-one PC yang berasaskan blockchain

2- Luiz Suarez
Antara penyerang terbaik dunia yang juga bermain untuk Barcelona FC berasal dari Uruguay. Percaya atau tidak, beliau gemar untuk bertaruh dalam menentukan pemenang sesuatu perlawanan. Beliau mengajak 25 juta followers di IG beliau untuk menyertainya di Stox dengan meneka pemenang US Open. Stox merupakan satu platform prediction-market berasaskan Ethereum.

3- Floyd Mayweather
Juara tinju ini juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan Stox. Sehari selepas pertarungan bersejarah menentang Conor McGregor, dia turut berkongsi dengan 32 juta followernya di media sosial berkenaan Hubii Network. Bahkan dia turut menggalakkan peminatnya memanggilnya dengan gelaran Floyd Crypto Mayweather! Woww!

4- Lothar Matthaus

Lagenda bola sepak Jerman ini merupakan seorang pengurus pasukan dan pernah bermain dalam 5 Kejohanan FIFA World Cup. Dia mengetuai pasukan Jerman Barat memenangi World Cup tahun 1990.
Ketika TokenStars giat mencari pengendali berpengalaman dalam pengurusan bakat (talent management), mereka mengajak Lothar Matthaus untuk menyertai mereka sebagai Duta Bolasepak TokenStars. Menurutnya, dengan decentralize pencarian bakat, TokenStars berpeluang untuk melatih bakat baru yang setaraf Maradona dan Ronaldo pada masa akan datang.

5- Mike Tyson

Siapa tidak kenal dengan petinju lagenda dunia ini. Beliau berusaha sama dengan Bitcoin Direct dan memperkenalkan Bitcoin ATM (berkebolehan melakukan transaksi lebih pantas dari tumbukan KO Mike!). Usaha sama itu juga turut menyaksikan mereka melancarkan digital wallet untuk iOS dan Android. Beliau berbangga kerana menjadi sebahagian dari revolusi bitcoin sejak tahun 2015 lagi.

6- Martina Hingis

Merupakan lagenda tenis terkemuka. Pemenang Australian Open, US Open dan juga Wimbledon turut memahat nama dalam Tennis Hall Of Fame. Dia mengambil bahagian dalam Bidaan Amal Krismas TokenStars Crypto dan memberi banyak sumbangan yang turut ditandatanganinya.

7- Roger Ver

Sudah tentu kita tidak lupakan salah seorang pelabur awal dalam crypto ini. Roger Ver merupakan antara selebriti crypto terawal. Mempunyai jutaan follower di media sosial, mula bergiat dan menemui potensi crypto ketika ramai belum mengetahuinya. Sekarang dia terlibat dalam banyak projek seperti Bitcoin Cash, bitcoin.com, Ripple, Bitpay, Kraken dan Coinsetter.

8- Tommy Haas

Pemain tenis profesional Jerman dan bekas pemain nombor dua dunia ini juga terlibat dalam Team TokenStars. Memenangi kejohanan remaja pertama seawal usia 5 tahun, Haas telah memenangi 15 gelaran juara dan pemenang pingat gangsa di Olimpik Musim Panas 2000. Juga merupakan duta tenis TokenStars.

9- Ashton Kutcher

Pelakon Hollywood ini mula menunjukkan minat dalam teknologi blockchain seawal tahun 2014 lagi. Malah dia telah menulis satu Tweet berkenaan Ethereum pada 2014. Merupakan antara pelabur dalam cryptocurrency exchange, BitBay. Mempunyai sebuah syarikat Sound Venture, syarikat yang disokong oleh Unikrn. Unikrn adalah eSport betting digital platform. Dengan membawa beliau dalam industri ini sudah tentu akan menarik minat lebih 40 juta peminat dan followernya!

10- Jamie Foxx

Nampaknya semakin ramai selebriti yang sudah mula bercerita mengenai blockchain sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Salah seorang adalah Jamie Foxx. Pemenang Oscar sering menggunakan Twitter sebagai medium berkongsi perkembangan dengan 5 juta peminatnya, juga turut mempromosikan ICO untuk Cobinhood. Cobinhood memberikan perkhidmatan cryptocurrency exchange tanpa caj!