Semasa mesyuarat kabinet pada 27 Mac 2018, Apisak Tantivorawong berkata bahawa perdagangan crypto bakal dikenakan cukai dengan nilai 7% dan hasil pulangan pelaburan pula akan dikenakan cukai sebanyak 15%. Draf pertama yang menerangkan tentang peraturan mengenai aset digital telah dikeluarkan pada 14 Mac 2018. Dijangkakan bahawa cukai syiling yang dijangkakan bagi keuntungan matawang digital di Thailand adalah 15%.
Pada awal bulan Februari tahun ini, gabenor bank pusat Thailand melarang semua bank daripada melabur dan berdagang, menyertai atau mewujudkan pertukaran dalam cryptocurrency. Pekeliling bank pusat Tailand ini hanya diguna pakai untuk bank sahaja, bukan untuk exchanger atau perkhidmatan crypto yang lain.
Menurut Nikkei Asian Review, startup crypto di Thailand kini sedang mencari alternatif untuk perniagaan crypto mereka di Singapura kerana Singapura merupakan negara yang lebih crypto-friendly di Asia Tenggara ini. Dipetik dari Thailand dan Korea Selatan Six.network - crypto yang didaftarkan di Singapura adalah pemegang ICO yang berasal dari Bangkok - sebagai contoh. Kajian Nikkei Asian menyatakan bahawa Six.network bekerja dengan SEC Thai untuk sentiasa memberi penerangan mengenai projek mereka agar lebih telus (transparency) supaya dapat menarik kepercayaan orang ramai terutamanya kerajaan dan rakyat Thailand. Dipetik dari pengasas Six.network, Natavudh Pungcharoenpong.
Pada bulan Februari 2018, syarikat Thai J Ventures pula merupakan pemegang ICO di Thailand telah mengumpulkan sebanyak $ 21 juta dengan menjual semua 100 juta token JFin dalam tempoh hanya 55 jam sahaja. Pada 21 Mac 2018, mereka menyatakan bahawa pada dasarnya mereka mesti mematuhi peraturan yang dibuat oleh kerajaan Thailand dalam tempoh enam bulan untuk mengetahuai secara keseluruhan mengenai rang undang-undang bagi cryptocurrency di negara itu.