Digital Currency Vs Cryptocurrency - Market Demon

Saturday, March 17, 2018

Digital Currency Vs Cryptocurrency



Apa Itu Digital Currency?
Digital currency, digital money, electronic money dan electronic currency ia tidak boleh disentuh atau dirasa hanya terdapat dalam bentuk digital, bukan dalam bentuk fizikal seperti mata wang fiat dan syiling. Selain itu ianya sama seperti mata wang fiat sebagaimana anda boleh perolehi, pindah atau menukarnya untuk currency lain. 

Digital currency boleh digunakan untuk membuat pembayaran seperti barang dan perkhidmatan sebagai contoh komunikasi mudah alih, internet, penjual online dan lain-lain. Digital currency tidak mempunyai sempadan geografi atau politik, urus niaga boleh dihantar kemana sahaja dan menerima dari seluruh pelusuk dunia.


Apa itu cryptocurrency?
Cryptocurrency adalah dari pelbagai digital currency, cryptocurrency ialah asset digital yang direka sebagai medium pertukaran menggunakan cryptography. Salah satu tujuan utama cryptography untuk melindungi address dan jumlah transaksi yang berlaku. Cryptography dari gabungan sains dan matematik. Cryptocurrency menggunakan sistem blockchain dan decentralized ledger. Ini bermakna tiada pihak ketiga yang dapat mengawal semua aktiviti dalam rangkaian.

Apa Perbezaan Digital Currency & Cryptocurrency?

1. Struktur
Digital currency (centralized), computer dan anda sendiri yang mengawal keadaan urus niaga dalam rangkaian.

Cryptocurrency (decentralized), tidak melibatkan pihak authority.

2. Ketidakpastian
Digital currency memerlukan dokumen pengenalan, selain itu perlu memuat naik gambar peribadi anda dan terdapat beberapa dokumen lain yang dikeluarkan oleh pihak authority.

Cryptocurrency pula tidak memerlukan maklumat tentang diri anda seperti nama, alamat, dll. Oleh itu, setiap transaksi tidak dapat diketahui dan dikesan oleh pihak lain.

3. Ketulusan
Digital currency tidak telus, wallet address dan pemindahan wang anda tidak dapat dilihat.

Cryptocurrency telus, anda boleh melihat semua urus niaga yang berlaku di public chain.

4. Manipulasi Transaksi
Digital currency mempunyai kuasa pusat, mereka boleh membatalkan atau membekukan transaksi atas permintaan pihak berkuasa jika disyaki wujud penipuan atau money-laundering.

Cryptocurrency dikawal oleh pengguna sepenuhnya dan pihak authority tidak mempunya kuasa ke atasnya.

5. Aspek Undang-Undang
Kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang ke atas digital currency. Directive 2009/110/EC digunakan oleh Kesatuan Eropah (EU) manakala Amerika Syarikat melalui Article 4A of the Uniform Commercial Code. Anda tidak boleh samakannya dengan cryptocurrency, di kebanyakan negara status rasmi cryptocurrency masih belum ditakrifkan.

Apakah Kekuatan & Kelemahan Digital Currency?
Dalam sistem berpusat, jika terdapat kesilapan dalam transaksi, anda boleh membatalkan transaksi anda. Anda tidak boleh melakukan perkara ini dalam system decentralized. Oleh itu, rangkaian berpusat banyak menyimpan data dan maklumat rahsia mengenai pengguna. Kemungkinan data ini akan hilang, digodam atau dipindahkan ke agensi penguatkuasaan undang-undang. Rangkaian decentralized tidak mempunyai masalah ini.