Bagaimana Untuk Research & Analisis Cryptocurrency
Terdapat beberapa tool yang akan membantu kita mengkaji pasaran cryptocurrency.
Menggunakan Coinmarketcap Untuk Menganalisis Cryptocurrency
Coinmarketcap adalah antara tool utama yang boleh digunakan untuk melakukan penyelidikan dan kajian ke atas mana-mana cryptocurrency. Cryptocurrency yang masih belum tersenarai dalam Coinmarketcap belum dianggap mempunyai nilai. Tapi harus diingat, bukan semua crypto yang tersenarai dalam Coinmarketcap itu bernilai!
Market Cap
Berdasarkan gambar di atas, kita dapat lihat market cap Bitcoin bernilai 274,142,914,050 USD atau 16,783,575 BTC. Semakin besar nilai market cap semakin liquid coin tersebut.
Anda disarankan untuk trade coin yang memiliki market cap 1 juta dollars ke atas. Coin yang mempunyai market cap di bawah 500 ribu dollars mungkin tidak cukup cair (liquid). Jangan trade melainkan coin tersebut undervalue & mempunyai fundamental yang kuat serta mempunyai future value. Oleh sebab itu, analisis fundamental diperlukan. Kami akan menerangkan tentang analisis fundamental dalam bahagian yang akan datang.
Volume (24H)
Dalam gambar di atas juga, anda boleh lihat jumlah volume didagangkan dalam tempoh 24 jam bersamaan 23,492,900,000 USD atau 1,468,180 BTC.
Anda disarankan trade coin yang memiliki trading volume melebihi 1 juta USD setiap 24 jam. Ia menjamin berlaku kecairan (liquidity) yang tinggi dalam pasaran. Elakkan trade coin yang mempunyai trading volume yang rendah dalam tempoh 24 jam bagi mengelakkan anda tidak dapat menjualnya semula kerana kurang market liquid.
Circulating Supply
Rujuk gambar di atas, circulating supply Bitcoin bersamaan 16,783,575 BTC.
Manakala max supply bersamaan 21,000,000 BTC.
Berhati-hati dengan max supply sesuatu coin. Jika max supply di bawah 100 juta, ia sangat baik. Coin dengan max supply yang rendah cenderung untuk nilainya naik dengan lebih cepat berbanding coin yang memiliki max supply yang tinggi.
Mana-mana coin yang mempunyai circulating supply yang jauh lebih besar dari 1 Billion USD akan mengalami kesukaran untuk mencapai harga 1 USD.
Exchange
Apabila mana-mana coin diumumkan untuk disenaraikan dalam mana-mana exchange yang besar seperti Bittrex, Poloniex, Bitfinex, Okcoin, Gdax, Binance, Huobi, Hitbtc dll, biasanya akan berlaku kenaikan volume yang tinggi. Jangan lepaskan peluang.
Anda disarankan untuk tidak memilih coin yang tidak tersenarai dalam exchange utama.