Cara Menganalisis Cryptocurrency Menggunakan CoinGecko - Market Demon

Friday, January 5, 2018

Cara Menganalisis Cryptocurrency Menggunakan CoinGecko



Dalam post sebelum ini, kami telah berkongsi cara menganalisis cryptocurrency menggunakan Coinmarketcap. Tapi bagaimana pula cara untuk melakukan kajian ke atas cryptocurrency berpandukan CoinGecko?


CoinGecko menyediakan kita data yang lebih mendalam mengenai cryptocurrency. Ia dapat membantu kita dalam menjalankan analisis.

Mari kita lihat beberapa parameters dalam CoinGecko.


CoinGecko


Berdasarkan gambar di atas, terdapat beberapa parameters penting :

1. Total
2. Market Cap
3. Liquidity
4. Developer
5. Community
6. Public Interest


Total
Total adalah skor metrik keseluruhan prestasi cryptocurrency. Total termasuk prestasi pasaran, prestasi kecairan (liquidity), prestasi developers, perkembangan komuniti, dan prestasi serta kepentingan awam (public interest) terhadap cryptocurrency tersebut.

Anda disarankan trade coin yang memiliki total score 50% ke atas.


Market Cap
Untuk parameter ini anda boleh rujuk post sebelum ini.


Liquidity (Kecairan)
Kecairan menunjukkan keaktifan aktiviti trading di major exchange. Kecairan merujuk kepada penerimaan pasaran, market maturity dan market share. Coin yang memiliki liquidity yang tinggi setiap 24 jam dianggap sebagai coin yang berpotensi untuk terus berkembang.

Elakkan dari memilih coin yang kurang liquid.


Developers
CoinGecko mengesan aktiviti development semua cryptocurrencies melalui beberapa laman open source code seperti Github dan Bitbucket.

Parameters ini menujukkan tahap aktiviti development yang berlaku. Developers dan komuniti yang berkembang pesat ibarat nyawa bagi cryptocurrency. Jika proses development terhenti, coin tersebut akan turut mati.

Anda dinasihatkan agar tidak memilih coin yang memiliki development activity yang sangat rendah atau sifar. Sekurang-kurangnya development activity score mesti 50%.

Komuniti
Komuniti sangat penting dalam menyokong survival cryptocurrency. Cryptocurrency yang memiliki komuniti yang kuat dan ramai mempunyai masa depan yang cerah. Anda disarankan memilih coin yang mempunyai community score sekurang-kurangnya 50%.


Public Interest
CoinGecko mengesan kekerapan cryptocurrency tertentu yang dicari melalui pelayar (browser). Parameter ini menunjukkan minat orang ramai terhadap sesuatu coin.
Mana-mana coin yang memiliki public interest score di bawah 20% boleh dianggap sebagai shitcoin.


Secara ringkasnya, semua cryptocurrency dibina diatas tiga elemen :

1. Komuniti : Public interest & pelabur (investors)
2. Development : Programmers/Developers
3. Marketing: Promotion

Jika semua parameters ini kukuh, tidak ada jalan lain bagi cryptocurrency tersebut melainkan to the moon!