Bank rizab persekutuan St. Louis telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk "A Brief Introduction to the World of Cryptocurrencies" dengan penilaian yang menguntungkan, mata wang digital dan aplikasi Blockchain untuk masa depan.
Artikel yang ditulis oleh Aleksander Berentsen dan Fabian Schär, bermula dengan membuat perbandingan mengenai sistem Bitcoin (BTC) mengenai penduduk di pulau Yap. Penduduk pulau kecil itu harus menyimpan Virtual Ledger yang memiliki mata wang digital, kerana nilai unit mereka hampir tidak dapat diubah di dalam Virtual Ledger yang tetap berada di satu tempat, tanpa mengira pemilik dan boleh hilang bila-bila masa sahaja.
Para penyelidik kemudian mengkaji dengan lebih terperinci termasuk teknikal mekanisme Bitcoin, matematik di belakang hashing, dan bagaimana persetujuan transaksi berfungsi, menyatakan kegunaan Bitcoin sebagai aset di Pulau itu.
“Kemungkinan cryptoassets seperti Bitcoin akan muncul sebagai kelas aset mereka sendiri dan oleh itu mata wang digital berpotensi untuk menjadi instrumen pelaburan dan pelbagai lagi. Bitcoin itu sendiri dari masa ke semasa memegang peranan sama seperti emas. "
Artikel itu turut menyatakan bidang-bidang di mana teknologi Blockchain akan mempunyai aplikasi yang paling berkesan, dengan menyebut "syiling berwarna", sejenis meta-transaksi yang dikaitkan dengan urus niaga BTC, kontrak pintar, aplikasi di mana Ethereum kini mendahului, dan integriti data.
Implikasi negatif teknologi Blockchain, menurut para penyelidik, adalah potensi untuk fork, sisa haba yang terlibat dengan perlombongan, dan volatility harga mata wang digital yang tidak berpusat.
Pada Januari 2017, Pengerusi Bank Rizab Persekutuan, Janet Yellen bercakap dengan baik mengenai kemungkinan Kerajaan akan menggunakan Blockchain dan berpotensi untuk transaksi wang pada peringkat global yang lebih mudah, namun tidak memberikan penjelasan yang spesifik mengenai bagaimana ia dapat dilaksanakan.
Saturday, January 20, 2018
Home
Cryptocurrency
Laman Berita
Bank Rizab Persekutuan St. Lous Melihat Masa Depan di Crypto Sebagai Kelas Aset Penting, Bitcoin Sebagai Emas Digital
Bank Rizab Persekutuan St. Lous Melihat Masa Depan di Crypto Sebagai Kelas Aset Penting, Bitcoin Sebagai Emas Digital
Tags
# Cryptocurrency
# Laman Berita
Share This
Penulis : Loqman Hakim
Laman Berita
Labels:
Cryptocurrency,
Laman Berita