Laporan Terbaru: Pengubahan Bitcoin Secara Haram Kini Semakin Terancang - Market Demon

Thursday, January 18, 2018

Laporan Terbaru: Pengubahan Bitcoin Secara Haram Kini Semakin Terancang

Laporan bersama dengan Jabatan Sangsi & Kewangan Haram, sebuah firma forensik cryptocurrency, telah menunjukkan bahawa pengubahan Bitcoin untuk aktiviti haram seperti dadah adalah proses yang sangat terancang sekarang ini. Penulis laporan, Yaya Fanusi dan Tom Robinson, menunjukkan bahawa kebanyakan Bitcoin haram dicuci melalui cara mixer, mereka berkata:

"Mixer telah secara konsisten memproses kira-kira se-perempat daripada Bitcoins haram yang masuk setiap tahun. Peratusan bitcoin yang dicuci melalui pertukaran dan perjudian telah mendadak dari 66 hingga 72 peratus setakat ini. Tambahan lagi, pengubahan Bitcoin secara haram selalunya mencuci 45 peratus daripada Bitcoins yang mereka peroleh melaluai aktiviti haram"

Laporan itu juga menunjukkan bahawa sebahagian besar yang mennggunakan mixer dan perjudian ini sangat mudah dilakukan dan sukar untuk pihak berkuasa menjejaki jenayah seperti ini. Malah, laporan menunjukkan bahawa 50 peratus daripada jumlah keseluruhan diproses oleh beberapa laman yang disediakan untuk aktiviti haram ini.

Metropolitan Bank baru-baru ini menghentikan pemindahan wayar untuk cryptocurrencies, disebabkan peningkatan risiko pengubahan wang haram dan aktiviti haram lain yang dilakukan melalui Bitcoin. Pada masa yang sama, China telah berusaha untuk menutup ‘Exchanger’ yang dikenalpasti melakukan pengubahan haram untuk Bitcoin. Peraturan dan kawalan yang lebih besar adalah sangat diperlukan.