Philip Morris International sedang melaksanakan penggunaan teknologi baru seperti blockchain untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan kos perniagaannya. Phillip Morris pengeluar rokok terbesar dunia kini sedang beralih arah untuk menggunakan teknologi blockchain bagi meningkatkan lagi pengurusan dengan lebih cekap. Philip Morris baru-baru ini menyatakan bahawa Syarikat itu mampu menjimatkan sehingga $20 juta dengan mengurangkan kertas kerja, setem cukai dan penipuan dengan menggunakan teknologi blockchain ini.
Philip Morris juga telah melaporkan bahawa kerja manual dan risiko tiruan dianggarkan telah menelan kos industri dan kerajaan sebanyak $100 juta setahun. Disamping itu telah dilaporkan yang mengatakan bahawa pengesanan setem cukai hanyalah satu daripada enam aplikasi blockchain yang Philip Morris ingin gunakan pada tahun depan.
Amaran, merokok membahayakan kesihatan !
No comments:
Post a Comment