Sebuah badan pengawas bebas undi Rusia telah melakukan percubaan ‘pilot’
untuk undian yang menggunakan asas blockchain, menurut akhbar tempatan, Tass
pada 17 Ogos lalu.
Perbadanan Non-Profit Awam Bebas, yang digelar "Pemantauan Awam
Kebangsaan" (NOM), mengumumkan percubaan ‘pilot test’ itu pada sidang
akhbar di Moscow pada hari Jumaat. Koordinator persekutuan NOM Roman Kolomystev
memberitahu:
“Sebagai salah satu badan dalam kongres, kami akan melakukan percubaan pilot untuk sistem undi elektronik yang berasaskan sistem blockchain“
Kongres Perisik Awam Rusia yang pertama diadakan atas inisiatif NOM,
bersama dengan Dana Rusia untuk Pilihan Raya Bebas dan Persatuan Peguam
Persekutuan Rusia, laporan Tass.
Ahli lain dalam percubaan itu dilaporkan sebagai Kor untuk Pilihan Raya
Bersih, Pemerhati Rakyat, dan Kumpulan Persatuan Awam 32 atau Public Association
32. Tass memetik Kolomoytsev sebagai mengatakan bahawa agenda itu dihadiri oleh
penonton sebanyak 300 orang.
Rusia telah terlibat dalam cubaan meluluskan undang-undang kritikan dan
blockchain sejak awal bulan Januari. Musim Bunga ini menyaksikan State Duma
menerima pembacaan pertama mengenai pakej draf bil berhubung crypto dan
blockchain, tetapi kerajaan Rusia masih belum meluluskan undang-undang itu
sebagai undang-undang secara rasmi.
Seperti yang dilaporkan Cointelegraph awal bulan ini, Suruhanjaya
Pilihan Raya Ukraine juga dilaporkan kini sedang bekerjasama dengan NEM pada
satu siri percubaan untuk menggunakan teknologi blockchain untuk mengundi
pilihan raya.
Di A.S., pilih penduduk negeri West Virginia akan dapat menggunakan
aplikasi mudah alih, berasaskan blokchain untuk mengundi dalam pilihan raya
persekutuan pada bulan November ini. Platform pengundian mudah alih, Voatz,
menggunakan aplikasi face recognition atau pengenalan wajah untuk memastikan
setiap pengundi memenuhi identifikasi yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Penggunaan aplikasinya akan dihadkan kepada anggota angkatan tentera yang
berkhidmat di luar negara.
Sumber: Cointelegraph.com
No comments:
Post a Comment