Negara Paling Berpengaruh di Asia : Di Mana Kita? - Market Demon

Wednesday, August 1, 2018

Negara Paling Berpengaruh di Asia : Di Mana Kita?


Kata-kata Imam Ghazali apabila bertanyakan apa yang paling tajam di dunia, beliau katakan LIDAH. 

Lidah lebih tajam dari mata pedang. 

Lidah juga berkait dengan lisan. Lisan kita sampaikan melalui mata pena.


Bagaimana Caranya anda raih sekutu dan pengaruh negara-negara lain

Setiap negara mahukan pengaruh yang besar dan sumber daripada Lowy Institute dan Visualcapitalist telah menunjukkan infografik carta bandingan kekuatan kuasa benua Asia dan Amerika Syarikat. Penulis hanya sekadar menterjemah kajian yang telah dijalankan untuk memudahkan pembaca tempatan.

Carta di atas menunjukkan negara Asia mana yang paling berpengaruh dan juga yang mempunyai sumber atau potensi kuasa. Lowy Institute menamakan carta ini sebagai "The Power Gap" atau Jurang Kuasa untuk menunjukkan jika satu negara itu mempunyai prestasi yang memberangsangkan atau kurang memberangsangkan dari segi memenuhi tahap pengaruh yang dijangkakan dalam negara itu.

Di sini ialah 2 ukuran yang digunakan untuk mengira skor Jurang Kuasa:

Sumber : Skor berdasarkan sumber ekonomi, keupayaan ketenteraan, pertahanan, dan juga trend masa depan. Pengukuran ini memberikan penilaian keupayaan dan kekuatan sumber negara, yang merupakan faktor yang diperlukan dalam menonjolkan kuasa.

Pengaruh : Skor berdasarkan pengaruh diplomatik, hubungan ekonomi, jaringan pertahanan, dan pengaruh budaya. Pengukuran ini digunakan untuk menilai tahap pengaruh satu negara berbanding negara- negara Asia yang lain.

Mari kita lihat dari segi nombor.

Mengukur kekuatan pengaruh


Inilah cara pentadbiran negara dijalankan - sebagai peringatan, ini berdasarkan Indeks Kekuatan Asia, yang terdiri daripada negara-negara di rantau Asia-Pasifik dan Amerika Syarikat.

Dari segi kuasa mutlak, macam biasa A.S dan China berada di kedudukan teratas. Menariknya, Rusia hanya tempat ke-5 keseluruhan.

"Jurang Kuasa" menjelaskan sebabnya dan ini ialah kerana Rusia mempunyai jurang yang paling besar antara kuasa yang dijangkakan berbanding kuasa sebenarnya. Negara itu mempunyai jurang kuasa kedua paling bawah dengan mata -6.4.

Melihat pada spektrum yang bertentangan, nampaknya Jepun, Singapura, dan Australia semuanya melebihi skor yang dijangka dari segi pengaruh. Sementara itu, negara kita, Malaysia, mempunyai jurang kuasa terbaik ke-5, yang mungkin tidak dijangka oleh ramai orang.
Anda boleh bermain dengan laman sesawang interaktif oleh Lowy Institute di sini atau boleh klik link di bawah.
https://power.lowyinstitute.org/


No comments: