Exodus : Telefon Pintar Blockchain - Market Demon

Thursday, August 2, 2018

Exodus : Telefon Pintar Blockchain





Pada 15 May yang lalu, di Consensus 2018 blockchain summit di New York, “Decentralized Chief Officer” untuk syarikat HTC dari Taiwan telah mengumumkan pelan firma itu untuk mencipta HTC Exodus iaitu telefon pintar pertama yang mempunyai asas blockchain.

Apa yang kita tahu tentang Exodus?
  • OS untuk telefon ini adalah Android

  • Pelan mereka ialah Exodus mampu menyokong protokol seperti Bitcoin, Lightning Network, Ethereum, Dfinit dan sebagainya. Menurut pengasas Litecoin Charlie Lee, beliau mengatakan bahawa telefon ini juga akan menyokong Litecoin. Tambahan Lee bertindak sebagai penasihat projek ini untuk pihak HTC.


  • Walaupun mereka janjikan kemasukan awal untuk diadakan pada suku ketiga tahun 2018, kita boleh jangkakan telefon ini untuk muncul pada suku akhir tahun ini di Amerika Syarikat dan Eropah kerana mereka ingin memastikan telefon mereka boleh dipasarkan pada waktu yang sesuai. Menurut Chen, harga yang ditetapkan untuk Exodus akan boleh dibandingkan bersama kompetitornya, SIRIN Labs yang menjual telefon mereka dibawah $1000. Harga sebenar akan diumumkan tak lama lagi. Bagi ketersediaan, beliau berkata Exodus akan mempunyai ketersediaan global sebaik sahaja dilancarkan, dan ia boleh didapati “di mana-mana di luar China" (kerana "China mempunyai peraturan yang berbeza, di mana-mana dari peraturan bagaimana Android berfungsi di China").

  • Setiap telefon akan menjadi sebuah node. Menurut HTC, mereka ingin menggandakan nombor nodes untuk Biucoin dan Ethereum.
  • Exodus akan mempunyai cold wallet, iaitu sebuah wallet yang tidak bersambung dengan internet

  • Exodus juga akan mempunyai Decentralized Apps (DApps) store secara pre-install

  • HTC juga sedang mengkaji masalah untuk mobile crypto mining dan akan melancarkan whitepaper mereka pada hujung tahun bermakna Exodus tidak akan mempunyai keupayaan untuk mobil crypto mining pada awal pelancaran.

  • Chen ialah orang yang bertanggungjawab untuk membentangkan idea untuk telefon yang menggunakan blockchain pada eksekutif HTC.

  • Dominic Williams wakil DFINITY mengatakan dalam tweet beliau, kita harus menjangkakan hardware untuk telefon blockchain untuk meningkatkan keupayaan sekuriti untuk Private Key dan juga pembayaran gas secara transparent apabila membuat pembayaran dan sebagainya.

  • Pra-jualan untuk telefon ini hanya menerima bayaran dalam bentuk bitcoin dan ether.

Sumber: CryptoGlobe



No comments: